RBRC 2023: Tiada Kebangkitan Daripada Danial Syahmi, Hakim Danish Di Austria

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/20/20231 min read

KEBANGKITAN yang diharapkan daripada dua pelumba negara, Danial Syahmi Shahril dan Hakim Danish Ramli di Perlumbaan 2 kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (2023) Austria, hari ini tak menjadi kenyataan.

Pada perlumbaan ke-12 RBRC 2023 di Litar Red Bull Ring itu, Danial sekadar menamatkan saingan di tangga ke-15.

Lebih mengecewakan buat Hakim Danish apabila prospek negara itu mengalami kemalangan ketika perlumbaan berbaki 11 pusingan, sekaligus meranapkan harapannya untuk melakar kejayaan.

Memulakan perlumbaan di petak ke-13, Hakim Danish terjatuh ketika sedang bersaing dalam kelompok kedua dalam perlumbaan yang dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Angel Piqueras.

Tempat kedua turut menjadi milik pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe dan melengkapkan podium adalah Rico Salmela.

Kedudukan semasa Danial & Hakim

1. Angel PIQUERAS SPA (272 Mata)

2. Alvaro CARPE SPA (162 Mata)

3. Máximo QUILES SPA (131 Mata)

*11. HAKIM DANISH (67 Mata)

*16. DANIAL SHAHRIL (40 Mata)