REPSOL Honda Dah Mula 'Panik'? Oliveira (RNF) Antara Nama 'Dipetik' Ganti Marc Marquez!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/4/20231 min read
REPSOL Honda ketika ini sedang kuat 'dihambat' spekulasi membabitkan pelumba bintangnya, Marc Marquez yang didakwa sedang mencari jalan untuk meninggalkan pasukan itu.
Sekalipun belum ada kenyataan rasmi sehingga kini - daripada Marquez atau Honda, syarikat pengeluar motosikal gergasi Jepun itu dilaporkan sedang mencari calon berkaliber sebagai pengganti.
Dan antara nama yang 'dipetik' adalah pelumnba pasuka Cryptodata RNF Aprilia Racing, Miguel Oliveira.
Marquez dijangka akan menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing bagi musim 2024 terutama selepas pendedahan yang dibuat bos Ducati, Gigi Dall’Igna.
Menurut laporan Speedweek, Honda ketika ini sedang menghubungi semua pelumba.
Dan sekalipun masih memiliki kontrak dengan Aprilia bagi musim 2024, Oliveira antara yang dihubungi.
Selain Oliveira, pelumba pasukan utama Aprilia, Maverick Vinales turut dihubungi oleh Honda, memetik laporan DAZN yang turut menyatakan pasukan itu 'terdesak' mencari pengganti Marquez.
Honda sebelum ini sudah mendapatkan Johann Zarco namun diletakkan sebagai pengganti Alex Rins di pasukan satelit, LCR.
Namun susulan kemelut yang dihadapi, pelumba Perancis itu kini dijangka akan diletakkan sebagai pengganti kepada Marquez untuk bergandingan bersama Joan Mir.
Dan Honda juga dikatakan sudah mempunyai nama untuk menggantikan Zarco di LCR antaranya adalah Iker Lecuona dan Jake Dixon.