RM35,888, Benelli TRK 702X Rasmi Di Malaysia
Apa yang menarik, dari sudut rekaan, Benelli TRK 702X tampil cukup memikat dengan sentuhan pakar dari Centro Stile Benelli di Pesaro, Itali yang berjaya menghasilkan penampilan lasak serta
TERKINI
11/19/20262 min read


PENANTIAN peminat motosikal dalam segmen kembara lasak khususnya daripada jenama Benelli berakhir apabila Benelli Malaysia mengumumkan penawaran terbaharunya, Benelli TRK 702X (2026) kini rasmi di pasaran tempatan.
Dijual pada harga asas RM 35,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, 2 pilihan warna ditawarkan iaitu Active Black dan Stealth Green.
Dari sudut rekaan, Benelli TRK 702X tampil cukup memikat dengan sentuhan pakar dari Centro Stile Benelli di Pesaro, Itali yang berjaya menghasilkan penampilan lasak serta moden.
Selain tampil dengan rekaan yang segar, Benelli TRK 702X (2026) seperti diketahui diletakkan dalam segmen dwi-kegunaan dan menawarkan versatiliti bagi kegunaan harian, penjelajahan jarak jauh mahupun laluan 'off-road.
Di bahagian trenkuasa, Benelli TRK 702X dijana oleh enjin 698 cc, 2 Silinder Sebaris, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa dihamburkan pada angka 69 Hp pada 8,000 rpm serta tork 70 Nm pada 6,000 rpm.
Sistem suspensi disokong oleh fork jenis terbalik (USD) di roda depan dengan jarak pergerakan 140 mm dan penyerap hentak tunggal (belakang).
Brek pula dijana cakera berkembar 320 mm (depan) dengan kaliper 4 Piston dan cakera tunggal 260 mm (belakang) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Bosch.
Sebagai motosikal dwi-kegunaan, turut tersedia 2 mod tunggangan (Road dan Off Road) serta Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan dan menyerlahkan karakternya sebagai jentera kembara, ia dipadankan dengan rim jejari berbalut tayar jenama premium Metzeler.
Apa yang menarik, setiap pembelia didatangkan bersama aksesori kembara lengkap merangkumi pakej 3 unit kotak penyimpanan (satu kotak atas dan dua kotak sisi), palang pelindung jentera (crash bar), penghadang angin serta pelindung tangan secara standard.
Dari aspek teknologi, ia dilengkapi panel meter TFT berwarna 5 inci dengan fungsi sambungan Bluetooth, butang suis kawalan berlampu latar, dwi-port pengecas USB jenis Type-A dan Type-C, serta sistem lampu LED sepenuhnya.
Info lain:
Tangki bahan api 20 liter
Set roda 110/80-19 (depan), 150/70-17 (belakang)
Jarak lega bumi 210 mm
Tinggi pelana 830 mm
Berat 222 kg
Macam biasa, setiap pembelian Benelli TRK 702X boleh menikmati perlindungan waranti komprehensif selama 2 tahun atau sehingga 20,000 km (mana terdahulu), di mana komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh 2 tahun.



