RNF Aprilia MotoGP 'Sayang' Raul Fernandez, Posisi 2024 Dijamin, Kontrak Lanjutan 2 Tahun Sedang Dibincangkan!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/12/20231 min read
SELAIN dipalit isu 'kewangan' (Yang sudah dinafikan), pasukan MotoGP yang memiliki 'sangkut paut' dengan Malaysia, RNF Aprilia MotoGP turut dihimpit persoalan membabitkan masa depan pelumbanya, Raul Fernandez.
Menurut khabar angin, pelumba kelahiran Sepanyol itu akan meninggalkan pasukan CryptoDATA RNF Aprilia MotoGP pada penghujung musim ini.
Khabar angin itu dikuatkan dengan prestasi tak begitu memberangsangkan pelumba itu musim ini, yang gagal untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik selepas 10 pusingan MotoGP.
Begitupun, ia pantas dinafikan Prinsipal pasukan itu, Datuk Razlan Razali.
"Kami melakukan mesyuarat dengan Aprilia minggu lalu. Tiada keraguan mengenainya, dan Raul sendiri ada mendengar berita mengenai orang 'mendekati' kami dan ya, ada beberapa pelumba yang datang bercakap dengan kami.
"Pertama sekali, kami mengesahkan pada mesyuarat dengan Aprilia yang Raul memerlukan lebih masa. Jadi dia tidak perlu bimbang. Dan ini juga sesuatu yang kami bincangkan dengan Raul: "Jangan bimbang, kerana kamu mempunyai kontrak dengan Aprilia sekurang-kurangnya dua tahun, dengan pilihan selama dua tahun lagi.
"Jadi, ia sepatutnya tidak mengganggunya, dia hanya perlu fokus kepada kerjanya dan tidak meletakkan tekanan itu kepada dirinya."
Razlan berkata, tidak adil jika pelumba muda dan kurang pengalaman seperti Raul hanya diberikan tempoh setahun untuk membuktikan dirinya.
"Raul baru memasuki tahun keduanya (Di MotoGP). Dia memperoleh tahun pertama yang buruk bersama KTM. Secara teori, dengan pelumba muda, kamu memerlukan minimum dua tahun untuk memberinya peluang. Menyingkirkannya selepas setahun tidak betul," kata Razlan.
Selepas 9 pusingan MotoGP berlangsung, Raul sekadar memperoleh keseluruhan 14 mata kejuaraan dan menghuni tangga ke-20 carta pelumba.