ROYAL Alloy Youth Edition (2023) Lancar Di Malaysia, 3 Varian, Harga Mula RM 12.8k
PELANCARAN
10/25/20231 min read
JENAMA yang terkenal dengan skuter bergaya retro klasik, Royal Alloy melancarkan penawaran terbaharunya di pasaran Malaysia dikenali Royal Alloy Youth Edition (2023).
Sebagai permulaan, Royal Alloy Youth Edition (2023) dihasilkan daripada tiga model popular jenama ikonik British itu iaitu Royal Alloy GP250 ABS, GP180 dan GP180.
Dan untuk varian 'Youth Edition', ia diberikan kelainan yang unik daripada Royal Alloy iaitu menggunakan penutup panel sisi badan/enjin jenis 'transparent' yang membolehkan komponen dalam skuter itu dilihat dari luar.
Tetapi jangan bimbang, menurut Royal Alloy Malaysia, panel 'transparent' itu dihasilkan daripada bahan tahan lasak plastik ABS.
Untuk model Royal Alloy GP250 ABS Youth Edition (2023), ia didatangkan dengan penutup panel sisi badan/enjin 'transparent' berwarna Biru dan Hijau. Harga jualannya adalah RM 23,800 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa, Royal Alloy GP250 ABS Youth Edition (2023) dipadankan dengan enjin 244 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair yang menghasilkan kuasa 24.8 Hp dan tork 19 Nm.
Sementara untuk Royal Alloy GP180 Youth Edition (2023) tampil dengan pilihan 'transparent' warna tunggal iaitu Biru. Harga jualan yang diumumkan ialah RM 17,300 (asas).
Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa, Royal Alloy GP180 Youth Edition (2023) dijana enjin bersesaran 169 cc, Penyejuk Udara dengan kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 10.2 Hp dan tork 10.6 Nm.
Bagi Royal Alloy GP125 Youth Edition (2023), ia turut tampil dengan pilihan warna 'transparent' tunggal iaitu Hijau. Harga jualannya pula adalah RM 12,800 (asas).
Di bahagian trenkuasa, Royal Alloy GP125 Youth Edition (2023) dipadankan dengan enjin 125 cc, Penyejuk Udara dengan kuasa dihasilkan adalah 9.8 Hp dan tork 9.2 Nm. Sistem Brek yang digunakan adalah CBS (Combi).
Selain varian 'Youth Edition', Royal Alloy Malaysia turut menawarkan varian Standard untuk Royal Alloy GP250 ABS, GP180 dan GP180 yang datang dengan pelbagai pilihan warna menarik.