Royal Enfield Batu Caves Dirasmikan, Pusat Pameran Lengkap Ke-4 RE Di Malaysia
TERKINI
11/4/20231 min read
POPULARITI jenama Royal Enfield di Malaysia nampaknya terus meningkat dan ia dibuktikan dengan pembukaan pusat pameran lengkap Royal Enfield Batu Caves Store, hari ini.
Sebagai info, Royal Enfield Batu Caves Store yang dikendalikan oleh Hup Seng Bikers Sdn Bhd adalah kedai 'Flagship' ke-4 jenama itu di Malaysia selepas Petaling Jaya, P.Pinang dan Johor Bahru.
Selain empat 'Flagship' Store, Royal Enfield Malaysia turut memiliki empat Studio Store dengan yang terbaharu adalah di Kota Kinabalu, Sabah.
Hadir merasmikan Royal Enfield Batu Caves Store adalah Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee selain Pengurus Besar Royal Enfield Malaysia, Sterz Yap.
Menurut Juan, pembukaan Royal Enfield Batu Caves Store akan menawarkan akses lebih besar kepada pemilik sedia ada dan bakal pemilik jenama itu di Malaysia khususnya di Timur Lembah Klang.
"Pembukaan Royal Enfield Batu Caves Store selari dengan falsafah Royal Enfield iaitu 'Pure Motorcycling' dan memberikan pengalaman pemilikan yang istimewa kepada pemilik.
"Ia juga akan merapatkan kami dengan para pelanggan kami. Dengan kerjasama Royal Enfield dan Didi Group, kami yakin dengan kemampuan kami untuk mengukuhkan kehadiran kami di pasaran Malaysia.
Seperti Royal Enfield 'Flagship' Store yang lain, Royal Enfield Batu Caves Store turut menawarkan perkhidmatan servis rasmi selain pusat pameran dan jualan motosikal, aksesori dan alat ganti.
Sejurus perasmiannya, turut berlangsung adalah konvoi Royal Enfield Malaysia ke Genting Highland.
Alamat Royal Enfield Batu Caves Store:
No.6, Dolomite Park Avenue,
Jln Batu Caves, 68100, Batu Caves,
Selangor