ROYAL Enfield Bear 650, Classic 650 (2025) Kini di Malaysia, Harga Mula RM 35.7k!

PELANCARAN

5/19/20252 min read

ROYAL Enfield Malaysia, baru-baru ini melancarkan dua penawaran terbaharunya untuk pasaran tempatan sempena acara Malaysia Autoshow 2025 menerusi Royal Enfield Bear 650 dan Classic 650 (2025).

Seperti namanya, Royal Enfield Bear 650 (2025) adalah model yang bergaya lasak 'Scrambler' retro.

Manakala Royal Enfield Classic 650 (2025) seperti boleh diagak datang dengan penampilan klasik, gaya yang boleh dikatakan semakin diminati ketika ini.

Untuk Royal Enfield Bear 650 (2025), ia didatangkan dengan 4 pilihan warna dengan penawaran harga adalah seperti berikut:

  • Petrol Green - RM 35,700

  • Wild Honey - RM 35,700

  • Golden Shadow - RM 35,700

  • Two Four Nine - RM 36,000

Manakala untuk model Royal Enfield Classic 650 (2025), 3 pilihan warna ditawarkan dengan harga seperti berikut:

  • Bruntingthorpe Blue - RM 34,500

  • Vallam Red - RM 34,500

  • Black Chrome - RM 35,500

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Royal Enfield Bear 650 (2025) seperti dinyatakan tampil dengan rekaan scrambler retro yang diinspirasikan daripada perlumbaan padang pasir California pada tahun 1960-an.

Ia menggabungkan elemen retro dengan teknologi moden, termasuk lampu LED bulat, tangki bahan api yang berukir logo Royal Enfield, serta serta pelana jenis rata.

Spesifikasi Royal Enfield Bear 650 (2025)

  • Enjin 648 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC

  • Transmisi 6 kelajuan klac manual

  • Kuasa 46.7 Hp @ 7,150 rpm, tork 56.5 Nm @ 5,150 rpm

  • Suspensi fork terbalik (USD) 43 mm (depan), penyerap hentak berkembar (belakang)

  • Kerangka jenis 'double cradle'

  • Jarak lega bumi 184 mm

  • Kapasiti tangki bahan api 13.7 liter

  • Brek cakera tunggal 320 mm dengan kaliper 2 Piston (depan), cakera tunggal 270 mm kaliper 1 Piston (belakang)

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran (boleh nyah-aktif roda belakang)

  • Set roda 100/90-19 (depan), 140/80-17 (belakang)

  • Sistem lampu LED penuh

  • Panel meter digital 4 inci dengan navigasi berbentuk bulat

  • Soket USB Type-C

  • Berat 214 kg

Seperti namanya, Royal Enfield Classic 650 (2025) adalah model yang mengekalkan rekaan ikonik jenama Britain itu yang sememangnya cukup popular.

Apa yang menariknya, ia memiliki ciri yang menyaksikan pelananya boleh diubah menjadi satu atau dua tempat duduk untuk keselesaan penunggang dan pembonceng.

Spesifikasi Royal Enfield Classic 650 (2025)

  • Enjin 648 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC

  • Transmisi 6 kelajuan klac manual

  • Kuasa 46.7 Hp @ 7,150 rpm, tork 56.5 Nm @ 5,150 rpm

  • Kerangka 'tubular spine'

  • Suspensi fork teleskopik konvensional 43 mm (depan), penyerap hentak berkembar (belakang)

  • Jarak lega bumi 154 mm

  • Tinggi pelana 800 mm

  • Kapasiti tangki bahan api 14.8 liter

  • Set roda 100/90-19 (depan), 140/70-18 (belakang)

  • Brek cakera tunggal 320 mm (depan) dan cakera tunggal 300 mm (belakang) 2 Saluran dengan kaliper 2 Piston.

  • Sistem lampu LED penuh

  • Soket USB Type-C

  • Berat 243 kg

Kedua-dua model sudah pun boleh didapati di cawangan pengedar sah Royal Enfield Malaysia ketika ini.