ROYAL Enfield Guerrilla 450 (2025) Rasmi Di Malaysia, Harga RM 28.7k!
PELANCARAN
3/17/20251 min read


SELEPAS beberapa kali pelancarannya di pasaran tempatan tertangguh, Royal Enfield Malaysia akhirnya melancarkan penawaran terbaharunya Royal Enfield Guerrilla 450 (2025) bersama harga jualan asas menarik RM 28,700.
Seperti diketahui, Royal Enfield Guerrilla 450 adalah model yang berkongsi platform enjin yang sama dengan satu lagi model terkini jenama itu, Royal Enfield Himalayan 450.
Begitupun, ia diposisikan dalam segmen yang berbeza dengan Royal Enfield Guerilla 450 adalah sebuah 'roadster'yang tampil dengan rekaan menarik, moden dan ranggi.
Sebelum pergi lebih jauh, hanya satu varian Royal Enfield Guerilla 450 dijual di pasaran Malaysia iaitu Flash (tertinggi) dan tersedia dalam dua warna, Yellow Ribbon dan Brava Blue.
Mengulas trenkuasa, trenkuasa, Royal Enfield Guerilla 450 dipadankan dengan enjin 'Sherpa' 452 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 40 PS @ 8,000 rpm dan tork 40Nm @ 5,500 rpm.
Menggunakan teknologi ride-by-wire, ia turut memiliki dua mod tunggangan 'Performance dan Eco' yang memiliki pemetaan kuasa tersendiri dan memberi peluang kepada penunggang tunggangan yang mereka mahukan.
Menggunakan casis jenis Tubular Steel, Royal Enfield Guerilla 450 dipadankan dengan suspensi fork teleskopik (konvensional) 43 mm depan dan penyerang hentak tunggal (belakang).
Tugas memberhentikan jentera dipacu brek cakera tunggal bersaiz 310 mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal 270 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang).
Seperti biasa, ia turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Dan datang sebagai versi tertinggi, Royal Enfield Guerilla 450 dipadankan dengan sistem 'Tipper Dash' menerusi panel meter TFT 4 inci yang lengkap dengan sambungan ke telefon pintas dan memiliki ciri navigasi.
Informasi lain adalah seperti berikut:
Sistem lampu LED penuh
Pengecas USB-C
Tinggi pelana: 780 mm
Berat: 185 kg
Kapasiti tangki bahan api: 11 liter
Set roda: 120/70-17 (depan), 160/60-17 (belakang) dipadankan dengan tayar jenis dual-purpose.
Seperti model-model Royal Enfield lain, pelbagai aksesori tunggangan eksklusif turut tersedia untuk Royal Enfield Guerilla 450 termasuk pakaian.
Kepada yang berminat, Royal Enfield Guerilla 450 sudah pun berada di rangkaian pengedar Royal Enfield Malaysia seluruh negara setiap pembelian datang dengan jaminan tiga tahun daripada Royal Enfield tanpa had batuan.






