ROYAL Enfield Himalayan 450 (2024) Rasmi Di Malaysia, Harga Mula RM 30.6k!
PELANCARAN
7/27/20242 min read


ROYAL Enfield Malaysia seperti diuar-uar melancarkan penawaran terbaharunya Royal Enfield Himalayan 450 (2024), hari ini dan apa yang mengujakan, bersama harga (asas) bermula RM 30,600.
Secara keseluruhan, tiga varian bersama lima warna berbeza diperkenalkan oleh Royal Enfield Malaysia untuk model yang diposisi dalam segmen 'Adventure touring' itu untuk pasaran tempatan.
Perincian mengenainya adalah seperti berikut:
Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Base: RM 30,600 (Kaza Brown)
Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Pass: RM 31,100 (Slate Himalayan Salt)
Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Pass: RM 31,100 (Slate Poppy Blue)
Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Summit: RM 31,500 (Hanle Black)
Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Summit: RM 32,200 (Kamet White)
Lebih istimewa untuk varian Royal Enfield Himalayan 450 (2024) Kamet White, ia dipadankan dengan tayar jenis 'Tubeless'.
Seperti biasa, harga yang diumumkan oleh Ketua Jenama, Royal Enfield Malaysia, Sterz Yap itu adalah asas, tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Turut hadir ketika pelancaran adalah Pengarah Urusan Didi Group, Goh Sian Kin dan Ketua Perniagaan Royal Enfield Asia Pasifik, Anuj Dua.
Seperti diketahui, Royal Enfield Himalayan 450 (2024) yang juga model generasi terbaharu yang menggunakan nama 'Himalayan' yang mengambil ilham banjaran Himalaya membuat debut global di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu.
Dan sebagai model generasi terbaharu, ia bukan saja mengalami naik taraf, namum pembaharuan yang bukan saja membabitkan kosmetik, tetapi rekaan, kerangka, sistem elektronik dan bahagian trenkuasa.
Dipadankan dengan enjin serba baharu 452 cc yang dikenali sebagai 'Sherpa', ia adalah trenkuasa pertama daripada jenama motosikal tertua dunia itu menggunakan sistem penyejuk cecair.
Berikut adalah spesifikasi Royal Enfield Himalayan 450 (2024):
Enjin 452 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC
Transmisi 6 kelajuan (Klac Assist & Slipper)
Kuasa 40 Hp @ 8,000 rpm, tork 40 Nm @ 5,500 rpm.
Guna teknologi 'Ride by wire' terotel (2 mod tunggangan)
Panel meter TFT berwarna 4 inci digital penuh (Ada ciri sambungan ke telefon pintar, navigasi dan sebagainya)
Suspensi - Fork jenis terbalik (USD) 43 mm dari Showa, penyerap hentak belakang tunggal dengan ciri pelarasan (belakang)
Brek - Cakera tunggal 320 mm Kaliper 2 piston (depan), cakera tunggal 270 mm kaliper 1 piston (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dengan ciri boleh nyahaktif
Pelana boleh laras - 825 mm, 845 mm, 805 mm
Set roda: 90/90-21 (depan), 140/80-17 (belakang) Rim jenis jejari (Tanpa tiub & Tiub)
Berat 'kerb' 196 kg
Tangki bahan api 17 liter
Sebelum dilancarkan, pihak Royal Enfield Malaysia sebelum ini sudah pun menjalankan sesi tunggang uji di cawangan pengedarnya di seluruh negara dan membuka tempahan untuk motosikal berkenaan.
Dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, sambutan yang diterima boleh dikatakan cukup menggalakkan sekalipun ia belum memiliki harga rasmi ketika itu.
Selain itu, pihak media dan pempengaruh membabitkan automotif tempatan turut diberikan peluang untuk menjalani tunggang uji motosikal berkenaan pada awal bulan ini.
Dan berdasarkan respon awal yang diperoleh daripada sesi berkenaan - yang dijalankan di pelbagai laluan termasuk lasak - memang cukup menarik dan mengujakan.
Selain pelancaran, pihak Royal Enfield Malaysia turut menganjurkan aktiviti tunggang uji Royal Enfield Himalayan 450 (2024) di Maeps selain beberapa lagi penawarannya di pasaran tempatan.










