ROYAL Enfield Kini Rasmi Di JB, Pusat 3S Serba Lengkap Di Stulang!

PELANCARAN

7/12/20231 min read

ROYAL Enfield Malaysia terus mengorak langkah dalam usaha mengembangkan perniagaannya di pasaran tempatan dengan merasmikan Pusat Pameran 3S Eksklusif jenama itu di ibu negeri Johor, Johor Bahru.

Perasmian Royal Enfield JB yang berlangsung penuh meriah, semalam itu adalah pusat 3S ketiga jenama ikonik British itu di Malaysia, mengikuti pembukaan Royal Enfield Petaling Jaya dan Butterworth.

Berada di lokasi strategik, Royal Enfield JB adalah pusat sehenti lengkap yang menempatkan pusat pameran, jualan dan perkhidmatan selepas jualan termasuk pembelian alat ganti, aksesori dan barangan gaya hidup.

Sebagai jenama yang memiliki sejarah panjang 122 tahun, Royal Enfield adalah pendahulu dalam segmen motosikal kelas pertengahan di peringkat global.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo menerusi kenyataan media berkata pembukaan pusat pameran 3S Royal Enfield di JB selain 4 kedai jualan di wilayah selatan menunjukkan komitmen syarikat itu di pasaran tempatan.

"Pembukaan Royal Enfield JB akan lebih mendekatkan kami dengan para pelanggan kami yang sekaligus menawarkan akses yang lebih mudah kepada jenama ini.

"Dengan usahasama di antara Didi Group dan Royal Enfield, kami yang dengan kemampuan kami untuk terus mengukuhkan kedudukan kami di pasaran Malaysia," katanya.

Sebagai info, Royal Enfield sudah mempunyai 161 Pusat Pameran 3S di rantau Asia Pasific dengan Malaysia dilihat sebagai antara pasaran berpotensi tinggi dengan popularitinya meningkat dengan mendadak.

Lebih menarik, Royal Enfield JB terletak bersebelahan dengan Motoplex JB dan Harley Davidson JB di Taman Stulang Laut.

  • Lokasi Royal Enfield JB

No.69, Jalan Ibrahim Sultan,

Taman Stulang Laut,

80300 Johor Bahru