RUJUKAN Marc Marquez, Gaya Pedro Acosta - David Alonso
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/2/20241 min read


DAVID Alonso tampil dengan prestasi cukup dominan ketika mengesahkan gelaran dunia Moto3 musim 2024 selepas menang 14 daripada 20 perlumbaan yang ditawarkan dan memecahkan beberapa rekod.
Tidak memerlukan pusingan terakhir di Barcelona, pelumba kelahiran Colombia itu bergeluar juara dunia lebih awal di Grand Prix Jepun dan melengkapkan pusingan dengan 421 mata.
Angka berkenaan adalah 165 mata berbanding pelumba yang meraih tempat kedua.
Pelumba muda itu, baru-bari ini diberi peluang untuk menunggang jentera Moto2 oleh pasukannya, CFMoto Aspar Racing di Jerez, Sepanyol dan melengkapkan sesi selama dua hari itu dengan melakukan 145 pusingan.
Dan catatan terbaiknya adalah 1 minit 41.599 saat.
"Ia ujian yang amat positif," kata Alonso memetik laporan bikesportnews. "Kami akan pergi mengharungi cuti musim sejuk dengan gembira kerana kami kini mengetahui apa itu Moto2.
"Apa yang saya dapat lihat adalah ia bukan kategori yang mudah, kami pergu bekerja keras dan konsisten. Kami juga mendapati yang saya perlu bekerja lebih gigih untuk menguatkan fizikal saya pada musim sejuk ini."
Menjadi pelumba yang kini mendapat perhatian termasuk pasukan-pasukan utama di MotoGP, Alonso turut mendedahkan gaya tunggangannya pelumba yang digemarinya di MotoGP.
"Rujukan saya adalah Marc Marquez, tetapi dari sudut tunggangan, mungkin sedikit seperti Pedro Acosta," kata Alonso memetik laporan Crash.net.
"Saya tidak tahu, kerana saya menggemari pelumba seperti itu, yang gemar melakukan 'lengkungan V' (bagus dengan brek) dan saya tidak begitu menggemari selekoh.
"Saya cuba untuk menjadi selengkap yang mungkin tetapi ya, mungkin dengan gaya Acosta."
