SAM Lowes Raih Petak Utama WorldSBK Belanda

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/12/20252 min read

SAM Lowes mencipta kejutan apabila pelumba pasukan 'satelit' Ducati, Marc VDS Racing Ducati itu meraih petak utama Pusingan 3 WorldSBK di Assen, Belanda, hari ini.

Dan menariknya, pelumba Britain itu turut melakukannya dengan bergaya apabila berjaya memecahkan rekod sepusingan terpantas litar 1 minit 32.596 saat (s) bersama jentera Ducati Panigale V4R.

Pemenang tiga perlumbaan di pusingan pembuka tirai, Nicolo Bulega dari pasukan Aruba.it Racing Ducati mencatatkan masa kedua terpantas dan akan memulakan perlumbaan di petak kedua.

Ia diikuti penyandang juara, Toprak Razgatlioglu dari pasukan ROKiT BMW Motorrad melengkapkan barisan depan.

Pelumba pasukan Bimota by Kawasaki Racing, Axel Bassani akan mengetuai barisan kedua diikuti rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista di petak kelima dan pelumba Yamaha, Andrea Locatelli melengkapkan barisan kedua.

Danilo Petrucci dari pasukan Barni Spark Racing Ducati akan memulakan perlumnaan di petak ke-7 diikuti Remy Gardner (GYTR GRT Yamaha) dan Alex Lowes seorang lagi pelumba Bimota by Kawasaki Racing di petak ke-10.

Pelumba Itali, Andrea Iannone (Team Go Eleven Ducati) melengkapkan kedudukan ke-10 terpantas.

Honda tampak bergelut di Assen apabila pelumba terbaiknya, Iker Lecuona (Team HRC) sekadar melakukan catatan ke-14 terpantas dengan pelumba PETRONAS MIE Honda, Tarran Mackenzie akan memulakan perlumbaan di petak ke-15.

Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi (PETRONAS MIE Honda) akan memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas melakukan catatan terbaik 1:37.256s.

Keputusan sesi Superpole (Kelayakan) WorldSBK Belanda

  1. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4 R, 1:32.596s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 1:32.760s

  3. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 1:32.815s

  4. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, 1:32.899s

  5. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 1:32.901s

  6. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, 1:32.959s

  7. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, 1:33.130s

  8. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 1:33.169s

  9. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, 1:33.235s

  10. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, 1:33.272s

  11. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 1:33.274s

  12. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, 1:33.401s

  13. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 1:33.451s

  14. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 1:33.469s

  15. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, 1:33.539s

  16. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, 1:33.597s

  17. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, 1:33.646s

  18. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 1:33.690s

  19. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, 1:34.133s

  20. Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, 1:34.737s

  21. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, 1:34.819s

  22. Jason O'Halloran (AUS) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, 1:35.165s

  23. Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, 1:37.256s