SEBAB Paling Susah Tinggalkan Honda Bukan Duit - Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/21/20251 min read


MARC Marquez meninggalkan kontrak berstatus mega daripada Honda untuk menyertai Ducati pada 2023 dan setakat ini, tindakannya itu berjalan seperti yang diharapkan.
Selepas semusim bersama pasukan satelit Gresini Ducati, juara dunia lapan kali itu menyertai pasukan 'kilang' Ducati Lenovo musim ini. Dan pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak menunggu lama untuk menayangkan belangnya.
Daripada lapan perlumbaan musim ini, Marquez menjuarai tujuh perlumbaan dan menghuni tangga teratas carta kejuaraan dunia.
Selain daripada Honda, Marquez turut 'berpisah' dengan dua penaja yang sentiasa menyokong kariernya, Red Bull serta Repsol dan baginya, perkara paling susah untuknya membuat keputusan itu bukan disebabkan duit.
"Ia tanggungjawab yang besar, keputusan yang amat-amat sukar," kata Marquez memetik laporan Motorsports mengenai keputusan meninggalkan Honda, jenama yang membawanya menjulang enam gelaran dunia MotoGP.
"Ia lebih daripada wang ringgit, yang kepada semua orang, 98 peratus orang, duit adalah penting... Ya, duit sentiasa penting. Adakah apa yang kamu ada cukup? Ya. Kamu mahukan lebih lagi? Ya.
"Ia sukar. Tetapi apa yang paling sukar adalah hubungan. Saya perlu setia dengan mereka yang memberikan saya karier."
"Sebelum mengambil keputusan, saya bercakap dengan Honda, Red Bull, Repsol. Mereka memberikan saya nasihat, 80 peratus berkata 'Kamu di sini untuk bersaing, untuk melakukan yang terbaik, kadang kala dalam kehidupan kamu perlu mengambil keputusan, jika mekanika daripada Honda adalah kawan kamu, mereka akan kekal sebagai kawan'.
"Kami mengadakan makan malah di Barcelona. Kami tidak bercakap mengenai jentera., kami bercakap mengenai kehidupan. Makan malam sebagai kawan.
"Selepas mendengar apa yang mereka semua katakan, mereka meyakinkan saya.
"Mereka berkata: 'Kamu mengambil berat mekanik kamu, keluarga kamu, penaja kamu, tetapi ini adalah karier kami, ia mungkin bertahan 15 ke 20 tahun, kamu perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.
"Saya lebih gemar untuk kekal bersama pasukan yang sama dengan orang yang sama kerana ia adalah sasaran saya. Tetapi saya perlu mencari yang terbaik untuk beraksi sebaik yang mungkin.
"Itu adalah keputusan saya untuk meneruskan karier saya. Kerana saya tidak menikmatinya, saya tidak akan berhenti, jadi ia seperti itu."
