SENARAI Pelumba Dalam Kategori Moto3 Di Kejuaraan Motosikal Dunia 2026

Bagi kempen Moto3 musim ini, seramai 26 pelumba daripada pelbagai negara menyertai saingan musim ini dan seperti biasa, Sepanyol memiliki wakil paling ramai dengan 9 pelumba dengan Malaysia diwakili Hakim Danish Ramli

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/17/20261 min read

SEPERTI diketahui, Malaysia kembali memiliki wakil di Kejuaraan Motosikal Dunia pada musim 2026 secara sepenuh musim menerusi pelumba muda berbakat, Hakim Danish Ramli yang akan beraksi bersama pasukan FRINSA MT Helmets - MSI menggunakan jentera KTM.

Bagi musim 2026, seramai 26 pelumba daripada pelbagai negara menyertai saingan musim ini dan seperti biasa, Sepanyol memiliki wakil paling ramai dengan 9 pelumba.

Untuk Asia, benua itu secara keseluruhan akan memiliki 4 pelumba termasuk rakan sepasukan Hakim Danish, Ryusei Yamanaka (Jepun), Veda Pratama (Indonesia) dan Zen Mitani (Jepun).

Berikut adalah senarai pelumba Moto3 musim 2026 dan nombor yang mereka gunakan:

  1. Leo Rammerstorfer (Austria) SIC58 Squadra Corse, Honda (5)

  2. Ryusei Yamanaka (Jepun) FRINSA - MT Helmets - MSI, KTM (6)

  3. Eddie O'Shea (UK) GRYD - MLav Racing, Honda (8)

  4. Veda Pratama (Indonesia) Honda Team Asia, Honda (9)

  5. Nicola Carraro (Itali) Rivacold Snipers Team, Honda (10)

  6. Adrian Cruces (Sepanyol) CIP Green Power, KTM (11)

  7. Hakim Danish (Malaysia) FRINSA - MT Helmets - MSI, KTM (13)

  8. Cormac Buchanan (New Zealand) BOE Motorsports, KTM (14)

  9. Matteo Bertelle (Itali) LEVEL UP - MTA, KTM (18)

  10. Scott Ogden (UK) CIP Green Power, KTM (19)

  11. Ruche Moodley (Afrika Selatan) BOE Motorsports, KTM (21)

  12. David Almansa (Sepanyol) Liqui Moly Dynavolt Intact GP, KTM (22)

  13. Rico Salmela (Finland) Red Bull KTM Tech3, KTM (27)

  14. Maximo Quiles (Sepanyol) CFMOTO Aspar Team, KTM (28)

  15. Adrian Fernandez (Sepanyol) Leopard Racing, Honda (31)

  16. Zen Mitani (Jepun) Honda Team Asia, Honda (32)

  17. Brian Uriarte (Sepanyol) Red Bull KTM Ajo, KTM (51)

  18. Jesús Rios (Sepanyol) Rivacold Snipers Team, Honda (54)

  19. David Muñoz (Sepanyol) Liqui Moly Dynavolt Intact GP, KTM (64)

  20. Joel Kelso (Australia) GRYD - MLav Racing, Honda (66)

  21. Casey O'Gorman (Ireland) SIC58 Squadra Corse, Honda (67)

  22. Valentin Perrone (Argentina) Red Bull KTM Tech3, KTM (73)

  23. Joel Esteban (Sepanyol) LEVEL UP - MTA, KTM (78)

  24. Alvaro Carpe (Sepanyol) Red Bull KTM Ajo, KTM (83)

  25. Guido Pini (Itali) Leopard Racing, Honda (94)

  26. Marco Morelli (Argentina) CFMOTO Aspar Team, KTM (97)