SHARF Muhriz, Adam Danial Kemalangan Di ATC Buriram, Tak Beraksi Pada Perlumbaan 1
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/1/20251 min read


DUA pelumba negara, Sharf Muhriz dan Adam Danial berdepan detik menakutkan apabila terbabit kemalangan ngeri pada Perlumbaan 1 pusingan pembuka tirai Asia Talent Cup (ATC) 2025 di Buriram, Thailand hari ini.
Situasi cemas itu menyaksikan kedua-dua wakil negara itu tidak beraksi pada perlumbaan berkenaan dan dibawa ke pusat perubatan.
Adam Danial turut dikejarkan ke Hospital Buriram untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kemalangan yang terjadi di selekoh 9 di awal perlumbaan itu turut menyaksikan sebuah jentera terbakar.
Selain Sharf dan Adam, dua lagi pelumba turut terbabit dengan kemalangan yang turut menyebabkan sebuah jentera terbakar.
Dua pelumba berkenaan adalah pelumba Indonesia iaitu Alvaro Mahendra dan Davino Britani.
Beerdasarkan maklumat daripada ZK Racing, selepas ujian perubatan termasuk ujian imbasan, laporan mengatakan Adam Danial tiada kecederaan serius tetapi ditahan di Hospital Buriram untuk pemerhatian.
Sharf begitupun diberikan untuk berlumba esok.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada Adam akan dibenarkan berlumba atau tidak esok.
Selepas kemalangan, Perlumbaan 1 dimulakan semula dengan kemenangan menjadi milik pelumba Jepun, Ryota Ogiwara diikuti Seiryu Okegami dan pelumba tuan rumah, Noprutpong Bunprawes melengkapkan kedudukan podium.
