SIAPA Dah 'Selamat', Siapa Belum? 4 Lagi Slot MotoGP 2025 Jadi Rebutan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/16/20242 min read

AI Ogura menyertai senarai nama yang mengesahkan tempat ke grid MotoGP 2025 - situasi yang menyaksikan sekurang-kurangnya seorang pelumba dalam kempen elit itu musim ini sah tersingkir.

Daripada 22 tempat, 18 daripada sudah diisi dengan KTM dan Aprilia menjadi pasukan yang sudah melengkapkan senarai keempat-empat pelumbanya musim depan terbaharu Ogura.

Ogura yang ketika ini bersaing bagi merebut kejuaraan Moto2 akan menyertai pasukan satelit Aprilia, Trackhouse bergandingan dengan Raul Fernandez.

Setakat ini, hanya lima tempat masih tersedia untuk diisi iaitu 2 daripada pasukan Prima Pramac Racing Yamaha dan masing-masing satu daripada pasukan Pertamina Enduro VR46, LCR Honda Idemitsu dan Gresini Racing MotoGP.

Dan menariknya, daripada dua kekosongan yang ada daripada pasukan yang menggunakan jentera Ducati, satu perlu diberikan kepada pelumba Moto2 iaitu Fermin Aldeguer menyaksikan hanya empat slot tersedia untuk diburu.

Satu slot berkenaan turut tersedia berikutan keputusan Aleix Espargaro untuk bersara sejurus musim ini berakhir dan akan memulakan tugasnya sebagai pelumba ujian HRC musim depan.

Berdasarkan 'cakap-cakap' di paddock MotoGP, tempat untuk dua pelumba senior iaitu Franco Morbidelli dan Miguel Oliveira sudah tersedia namun hanya menunggu masa untuk diumumkan.

Berikut adalah situasi terkini membabitkan kontrak pelumba-pelumba MotoGP musim ini.

Pelumba yang memiliki kontrak 2025

  1. Marc Marquez (Ducati Lenovo) Penghujung 2026

  2. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) Penghujung 2026

  3. Alex Marquez (Gresini Racing) Kontrak Gresini, Penghujung 2026

  4. Maverick Vinales (Red Bull KTM Tech3) Kontrak KTM, Beberapa Tahun

  5. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) Kontrak KTM, Beberapa Tahun

  6. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) Kontrak KTM, Beberapa Tahun

  7. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing), Kontrak KTM, Penghujung 2026

  8. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP), Penghujung 2026

  9. Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP), Penghujung 2026

  10. Jorge Martin (Aprilia Racing) Kontrak Aprilia, Beberapa Tahun

  11. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) Kontrak Aprilia, Beberapa Tahun

  12. Luca Marini (Repsol Honda), Kontrak Honda, Penghujung 2025

  13. Joan Mir (Repsol Honda), Kontrak Honda, Penghujung 2026

  14. Johann Zarco (LCR Honda Castrol) Kontrak Honda, Penghujung 2025

  15. Fermin Aldeguer (Ducati) Ducati, Penghujung 2026 (Pilihan 2 Tahun)

  16. Raul Fernandez (Trackhouse Racing) Kontrak Aprilia, Penghujung 2026

  17. Ai Ogura (Trackhouse Racing) Kontrak Aprilia, Penghujung 2026

  18. Fabio di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46) Kontrak Ducati, Penghujung 2026

Pelumba tak memiliki kontrak melebihi 2024

  • Aleix Espargaro (Aprilia Racing) Bersara

  • Jack Miller (Red Bull KTM Factory Racing)

  • Franco Morbidelli (Prima Pramac Racing)

  • Miguel Oliveira (Trackhouse Racing)

  • Augusto Fernandez (Red Bull Tech3 GASGAS)

  • Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu)