SIAPA, Pasukan Mana Dah Lengkapkan Grid WorldSBK 2024, Hafizh Syahrin Bagaimana?
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/6/20232 min read
DUCATI menerusi pasukan 'factory', Aruba.it Ducati muncul pasukan kedua melengkapkan senarai pelumba bagi perlumbaan kelas elit Kejuaraan Superbike Dunia, WorldSBK menerusi pengumuman kehadiran Nicolo Bulega.
Bulega yang ketika ini sedang memimpin carta kejuaraan WorldSSP (World SuperSports) 2023 mengesahkan tempat di WorldSBK sebagai rakan sepasukan penyandang juara dunia, Alvaro Bautista.
Ia mengikuti pengesahan pasukan 'factory' Yamaha, Pata Yamaha Prometeon WorldSBK yang melengkapkan barisan pelumbanya menerusi kehadiran Jonathan Rea yang menggantikan kekosongan ditinggalkan Toprak Razgatlioglu.
Rea akan menjadi rakan sepasukan baharu kepada Andrea Locatelli dengan Razgatlioglu menyertai pasukan 'factory' BMW, ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team.
Untuk Bulega dari Itali, dia akan menggantikan tempat rakan senegaraya, Michael Ruben Rinaldi.
Di kem Yamaha juga, pelumba Switzerland Dominique Aegerter sudah menandatangani kontrak sehingga 2024 tetapi berikutan tempat di pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK sudah penuh, dia dijangka akan menyertai pasukan satelit.
Untuk Kawasaki, penghijrahan Rea jelas memeningkan kepada pasukan itu dan mereka perlu mencari pengganti berwibawa untuk bergandingan dengan pelumba Britain, Alex Lowes.
Selain itu, antara nama yang turut mengesahkan tempat di grid WorldSBK musim depan adalah Sam Lowes yang akan beraksi bersama pasukan Marc VDS Ducati selain Garrett Gerloff (Bonovo Action BMW).
Melihat kepada laporan disediakan Crash.net, pasukan yang diwakili pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih mengekalkan nama Petronas dalam pasukan itu (Petronas MIE Racing Honda Team).
Begitupun, senarai pelumba untuk pasukan itu bagi musim 2024 masih lagi berstatus TBA atau Akan Diumumkan Kelak.
Sekalipun belum disahkan, antara nama yang dijangka kekal pula adalah Michael Van Der Mark (ROKIT BMW Motorrad WorldSBK) namun masa depan seorang lagi pelumbanya yang juga bekas pelumba MotoGP, Scott Redding belum dalam dipastikan.
Di kem Honda, Iker Lecuona dijangka akan kekal buat musim ketiga namun tiada tempat Xavi Vierge dijangka goyah berikutan selepas Rinaldi turut dikaitkan dengan pasukan 'factory' Honda itu.
Senarai pasukan dan pelumba di WorldSBK 2024
Aruba.it Ducati
Alvaro Bautista (Penghujung 2024)
Nicolo Bulega (Penghujung 2024)
Kawasaki Racing Team
Alex Lowes (Penghujung 2024)
TBA
Pata Yamaha Prometeon WorldSBK
Andrea Locatelli (Penghujung 2025)
Jonathan Rea (Penghujung 2024)
Team HRC WorldSBK
TBA
TBA
ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team
Toprak Razgatlioglu (Penghujung 2025)
TBA
GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team
TBA
TBA
Barni Spark Ducati Racing Team
TBA
GoEleven Ducati
TBA
Bonovo Action BMW
Garrett Gerloff (Penghujung 2024)
TBA
Marc VDS Ducati
Sam Lowes (Penghujung 2024)
Motocorsa Ducati
TBA
PETRONAS MIE Racing Honda Team
TBA
TBA
Puccetti Kawasaki
TBA
GMT94 Yamaha
TBA
Motoxracing Yamaha WorldSBK Team
TBA
Orelac Racing Kawasaki
TBA