SIC PETRONAS Perkenalkan 'Tiket Rahmah' GP Malaysia 2024, RM 49.90!
TERKINI
8/20/20241 min read
TIKET Rahmah atau pada tahun ini diberi julukan sebagai Tiket Madani sekali lagi diperkenalkan pada Petronas Grand Prix Malaysia 2024 yang menyaksikan tiket termurah untuk menyaksikan perlumbaan berprestij itu di Litar Antarabangsa Sepang Petronas hanya berharga RM 49.90.
Perkembangan menarik itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC), Azhan Shafriman Hanif ketika sidang media GP Malaysia 2024, hari ini,
Dijual dalam kuantiti terhad dan tersedia untuk tempat duduk di kawasan K2 Hillstand di SIC Petronas, Tiket Rahmah ini seperti tahun lalu adalah khusus untuk warganegara Malaysia sahaja.
Selain jualan Tiket Madani, pihak SIC Petronas turut menawarkan tempoh promosi 25 peratus potongan harga tiket yang berlangsung dari 14 Ogos dan berakhir pada 20 September 2024.
Potongan harga berkenaan diberikan dan dikatakan Sharfiman adalah tawaran paling besar adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
GP Malaysia 2024 dijadual pada 1 hingga 3 November depan.