SIC Umum Ada Pelumba 'Wildcard' Tempatan Di GP Malaysia 2024, Tapi...
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/15/20241 min read


SEPERTI dijangka, Malaysia akan mempunyai wakil yang beraksi menerusi tiket 'Wildcard' di Grand Prix Malaysia 2024.
Perkembangan menarik itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (Sic PETRONAS), Azhan Shafriman Hanif, hari ini.
Begitupun, perincian membabitkan pasukan, pelumba dan syarikat mana yang terbabit masih lagi dirahsiakan tetapi berkemungkinan besar sama seperti tahun lalu.
Sebagai info, syarikat petroleum gergasi negara, PETRONAS menyenaraikan dua pelumba, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman untuk beraksi secara 'wildcard' pada tahun lalu.
Dan pasukan yang beraksi adalah Petronas MIE Racing Honda Team.
Sebagai info, GP Malaysia 2024 dijadual berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status penjualan tiket, Shafriman menjelaskan sambutan pada ketika ini amat menggalakkan.
Menurutnya, sudah 70 hingga 80 peratus tiket sudah pun terjual dengan beberapa tempat duduk antaranya Main Granstand, K1 dan F cukup laris ketika ini.
SIC PETRONAS pada tahun ini menyasarkan kehadiran 200,000 kehadiran penonton selama tiga hari penganjuran GP Malaysia sekali gus memecahkan rekod kehadiran paling ramai tahun lalu, 182,912.
Sementara itu, SIC PETRONAS turut mengumumkan kerjasama strategik dengan Tourism Selangor bagi Grand Prix (GP) Malaysia 2024.
