SITUASI Di Sepang Bukti Segalanya OK Di KTM - Pedro Acosta

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/8/20251 min read

BINTANG KTM, Pedro Acosta muncul pelumba terbaik pengeluar Austria itu ketika ujian pra-musim MotoGP 2025 dan situasi di Sepang membuktikan mereka sememangnya berada dalam keadaan 'Ok'.

Seperti diketahui, KTM ketika ini berdepan krisis meruncing membabitkan kewangan ketika ini dan sedang berusaha untuk mengelak kebankrapan.

Situasi itu turut membayangi program sukan permotoran syarikat itu termasuk MotoGP sekalipun mereka berulang kali menegaskan program pada 2025 akan berjalan seperti dirancang.

KTM di Malaysia cukup sibuk bersama keempat-empat pelumbanya dan menguji banyak komponen pembangunan baharu dan menurut Acosta, ia membuktikan projek MotoGP KTM tidak terjejas.

Mengulas ujian di Sepang, juara dunia Moto2 2023 itu percaya jentera KTM RC16 ketika ini sudah 60 peratus siap dan dalam proses untuk menentukan pakej yang mana terbaik bagi kempen 2025.

"Ketika ini, saya agak gembira dengan perkara yang kami cuba. Tetapi masalahnya ketika ini adalah kini kami perlu menggunakan penapis dan tahu bahagian apa yang perlu diletakkan bersama.

"Tetapi kami perlu menjadi gembira, kerana selepas kamu semua (media) menjadikan segala-galanya nampak teruk (situasi KTM) kini kamu boleh lihat yang segala-galanya ketika ini baik.

"Kerana itu, kami perlu gembira dan tenang."

Acosta berkata pasukannya ketika ini sedang menyediakan jentera yang lebih 'tenang' berbanding tahun lalu namun menegaskan yang ia terasa lebih pantas dari sudut kelajuan.

Malah, pelumba kelahiran Sepanyol itu berkata KYM masih mempunyai banyak komponen yang ingin diuji yang menyaksikan ujian di Buriram, Thailand bakal menarik.

Pedrosa muncul pelumba KTM terpantas di Sepang selepas melakukan 1 minit 57.175 saat dan mencatatkan masa ke-6 terpantas.