SKUTER 'ADV' ARIIC 400 GS Buat Kemunculan Di MBS 2026?

Setakat ini, ada 2 model yang boleh dikatakan 'sah' akan dilancarkan iaitu ARIIC Touch 250 dan ARIIC Gobi 250 tetapi menariknya, ada satu lagi model menarik mungkin akan membuat debut di MSB 2026 iaitu ARIIC 400 GS

TERKINI

5/15/20261 min read

PENGELUAR motosikal dari China, ARIIC dijadual melancarkan beberapa model terbaharunya bersempena acara Malaysia Bike Show (MBS) 2026 hujung bulan ini.

Setakat ini, ada 2 model yang boleh dikatakan 'sah' akan dilancarkan iaitu ARIIC Touch 250 dan ARIIC Gobi 250 tetapi menariknya, ada satu lagi model berkemungkinan akan membuat debut di acara berkenaan.

Dan model berkenaan adalah model yang dipertontonkan buat kali pertama pihak ARIIC secara global ketika lawatan pihat MForce Bike ke China yang turut disertai pihak media pada tahun lalu, ARIIC 400 GS.

Lebih menarik, ARIIC Malaysia turut menayangkan imej promosi yang tampak cukup mirip ARIIC 400 GS di laman sosial rasmi mereka dalam bentuk siluet.

Setakat ini, spesifikasi lengkap model berkenaan belum didedahkan secara rasmi.

Tetapi antara maklumat awal yang boleh dijangka dan dapat kami lihat ketika 'membelek' ARIIC 400 GS di China adalah ia bakal dipacu oleh enjin bersesaran 369 cc, 1 Silinder, Penyejuk cecair, Fi dengan transmisi auto dengan kuasa pada angka 33.5 Hp @ 7,500 rpm dan tork 38.3 Nm @ 5,500 rpm.

Selain itu, ciri-ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Kawalan Cengkaman, panel meter TFT, fork jenis terbalik (USD), penyerap hentak berkembar, lampu LED sepenuhnya serta penghadang angin boleh laras secara manual juga ada.