SKUTER 'ADV' ARIIC Gobi (2026) 250 Rasmi Di Malaysia, RM 13,988!
Berbeza dengan model ARIIC Touch 250 yang tampak lebih serius dan eksklusif, skuter bergaya 'Adventure' ARIIC Gobi 250 tampil dengan rekaan, karakter yang lebih agresif dan lasak
PELANCARAN
6/7/20261 min read


SELARI dengan trend pasaran semasa di mana aktiviti kembara makin diminati, pegeluar motosikal China, ARIIC Motor mengambil langkah berani dengan melancarkan skuter bergaya 'adventure' jenama itu, ARIIC Gobi 250 sempena MotoXperience pada pameran Malaysia Bike Show (2026).
Berbeza dengan model ARIIC Touch 250 yang tampak lebih serus dan eksklusif, ARIIC Gobi 250 tampil dengan rekaan, karakter yang lebih agresif dan lasak.
Tetapi di sebalik penampilan lasaknya, ARIIC Gobi 250 berkongsi nadi yang sama dengan ARIIC Touch 250 iaitu enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair bersaa transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dijana adalah 22.5 Hp pada 7,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 7,500 rpm, cukup bertenaga untuk menggalas tugas tunggangan kembara.
Dari sudut 'kelengkapan', ARIIC Gobi 250 dipadankan dengan pelbagai komponen premium antaranya fork hadapan jenis terbalik (USD) untuk roda depan dan rim lidi aluminium yang tahan lasak.
Selain itu, ia dipadankan dengan visor angin boleh laras manual manakala 'Crash bar' juga hadir sebagai ciri standard.
Ciri-ciri lain adalah seperti:
Panel meter TFT 7-inci
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
Lampu LED penuh
Port USB
Kamera dashcam terbina dalaman
Berat 176 kg
Kepada yang berminat, tiga pilihan warna tersedia iaitu Carbon Black, Velocity Grey dam Mystic Purple.





