SKUTER Gaya 'ADV' QJMotor ATX250, ATX250X Dah Sampai Malaysia
Seperti pelancaran di China pada tahun lalu, dua varian diperkenalkan untuk pasaran tempatan iaitu QJMOTOR ATX250, QJMOTOR ATX250X dengan kedua-duanya dibezakan dengan angka harga RM 1k
TERKINI
2/6/20261 min read


QJMOTOR Malaysia mengumumkan skuter bergaya 'Adventure' yang dilancarkan di China, tahun lalu, QJMotor ATX250 dan ATX250X (2026) sudah pun mendarat di pasaran Malaysia.
Seperti pelancarannya, dua varian diperkenalkan iaitu QJMOTOR ATX250, ATX250X dengan perincian membabitkan pilihan warna dan perbezaan harga adalah seperti berikut:
QJMOTOR ATX250
Harga jualan: RM 12,388
Warna: Matt Grey, Shadow Black, Satin Silver
QJMOTOR ATX250X
Harga jualan: RM 13,988
Shadow Black, Matt Grey, Satin Silver
Dengan tambahan RM 1k, QJMOTOR ATX250X akan memperoleh:
Fork USD, Rim jejari, Kotak simpanan belakang
QJMOTOR ATX250 akan diperkenalkan dengan:
Fork teleskopik konvensional, Rim sukan, Tiada kotak simpanan belakang
Seperti biasa, angka harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Ulas trenkuasa, kedua-dua varian dipadankan dengan enjin 248.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi Automatik CVT. Kuasa 18.5 kW pada 8,000 rpm dan tork 24.0 N.m pada 6,500 rpm.
Info lanjut:
Tangki bahan api 12.5 liter
Brek cakera (depan/belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
Ste roda 110/80-14 (depan) 130/70-13 (belakang)
Tinggi pelana 780 mm
Lega bumi 150 mm
Berat 164 kg
Panel meter digital TFT
Sistem Lampu LED Penuh
Port pengecas USB Type-A, Type-C
Sistem tanpa kunci dengan ciri bike finder
Brek parkir
Suis keselamatan tongkat sisi
Ruang simpanan depan (kiri/kanan) dan kanan serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas.
Bagi memastikan ia berdaya saing, QJMOTOR ATX250 dan ATX250X turut memiliki sistem kawalan cengkaman (TCS) boleh dinyahaktif. Turut menarik adalah ia dilengkapi sistem kamera keselamatan depan, oenghadang angin boleh laras.
Turut tersedia adalah Advanced Water and Air Separation System (AWASS) dengan kedua-dua varian turut hadir dengan lampu sorot LED dan bar pelindung.
Menurut QJMotor Malaysia, pengenalan QJMOTOR ATX250 dan ATX250X mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam menawarkan rangkaian produk yang lebih menyeluruh dan pelbagai, merangkumi motosikal dan skuter yang disesuaikan untuk pasaran Malaysia.





