SKUTER Gaya Klasik Brixton Moucca 250 Dah Sampai Kedai, RM 12,888!
Kehadiran Brixton Moucca 250 (2026) jelas menghangatkan lagi persaingan segmen skuter suku liter tempatan bergaya klasik dengan 'sentuhan' modan yang diakui memang memiliki tempat di hati pengguna ketika ini
TERKINI
8/21/20261 min read


SELEPAS mencuri tumpuan ramai ketika prapelancarannya di acara MForce MotoXperience 2026, skuter bergaya retro klasik, Brixton Moucca 250 (2026) kini secara rasminya menjengah cawangan pengedar sah Brixton Malaysia di seluruh negara.
Ditawarkan pada tanda harga RM 12,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), kehadiran Brixton Moucca 250 (2026) jelas menghangatkan lagi persaingan segmen skuter suku liter tempatan bergaya klasik dengan 'sentuhan' modan yang diakui memiliki tempat di hati pengguna.
4 pilihan warna menarik tersedia iaitu:
Mint Green
Backstage Black
Clockwork Orange
Enduro White
Beralih kepada aspek mekanikal, Brixton Moucca 250 dikuasakan oleh enjin 244 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi bersama transmisi auto CVT.
Kuasa berada pada angka 18 kW pada 8,250 rpm dan tork 24 Nm pada 6,500 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang).
Sistem henti pula menggunakan brek cakera tunggal depan dan belakang yang disokong oleh Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan menariknya, turut dipadankan dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Ciri-ciri menarik adalah seperti penggunaan panel meter TFT berwarna, sistem Kunci Pintar, port pengecasan pantas USB jenis A dan C serta menambahkan darjah 'kehenseman' skuter ini adalah butang suis bercahaya latar (backlit LED).
Info penting lain:
Tinggi pelana 750 mm
Tangki bahan api 12 liter
Berat 130 kg
Setiap pembelian hadir jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) dan menariknya, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti berkenaan sekiranya jarak perbatuan melebihi had dalam tempoh dua tahun.







