SKUTER Maxi Honda NSS250 (2025) Dikemaskini Untuk Pasaran Malaysia, RM 25.9k!
TERKINI
3/25/20251 min read


SELAIN Honda X-ADV, Boon Siew Honda (BSH) turut mengumumkan kemas kini terhadap skuter maxi suku liternya, Honda NSS250 (2025) untuk pasaran tempatan.
Kepada yang mungkin kurang biasa dengan nama Honda NSS250, ia turut dikenali sebagai Honda Forza 250 di beberapa lagi negara termasuk negara jiran.
Untuk Honda NSS250 (2025), harga jualan yang diyumumkan adalah RM 25,888.
Seperti biasa, harga itu tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.
Dari sudut pilihan warna, dua pilihan warna diperkenalkan iaitu:
Pearl Jubilee White
Pearl Shining Black
Manakala tiga lagi pilihan warna terdahulu dikekalkan iaitu:
Pearl Smoky Gray
Matte Gun Powder Black Metallic
Candy Rosy Red
Tiada perubahan dari sudut trenkuasa iaitu enjin eSP+ berkapasiti 249.5 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah 22.8 Hp @ 7,750 rpm dan tork 24 Nm @ 6,250 rpm.
Menurut BSH, beberapa perubahan turut berlaku kepada Honda NSS250 (2025) iaitu di bahagian panel meter iaitu ia kini dipadankan dengan panel TFT berwarna 5 inci lengkap dengan sambungan ke telefon pintar Honda RoadSync.
Ciri-ciri menarik termasuklah visor angin boleh laras elektrik, sistem lampu LED penuh, kunci pintar Honda Smart Key, kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Control (HSTC), Signal Henti Kecemasan (ESS), port pengecas USB Type-C.
Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 265 mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan kaliper 240 mm dengan kaliper 1 piston (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan ciri pelarasan preload.
Info penting lain adalah seperti berikut:
Set roda 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang).
Tangki bahan api 11.7 liter
Tinggi pelana 780 mm
Berat 185 kg
Ruang simpanan bawah pelana 48 mm
Setiap pembelian datang dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km yang mana tiba dahulu.










