SKUTER Maxi WMoto RT1, Kapcai WMoto SM125i (2024) Lancar Di Malaysia, RM 9,888, RM 5,888!

PELANCARAN

1/19/20241 min read

WMOTO Malaysia, hari ini melancarkan dua penawaran terbaharunya di pasaran tempatan iaitu skuter maxi WMoto RT1 (2024) dan kapcai WMoto SM125i (2024).

Tiba sebagai model pelengkap untuk model 'RT', harga jualan pengenalan untuk WMoto RT1 (2024) yang diumumkan oleh pengedar rasminya MForce Bike Holdings (MForce) adalah RM 9,888 (asas).

Manakala untuk kapcai WMoto SM125i (2024), harga jualannya adalah RM 5,888 (asas).

Seperti biasa, harga jualan yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Berikut adalah info untuk WMoto RT1 (2024)

  • Tiga pilihan warna: Enchanting Blue, Mystique Black, Dazzling Grey

  • Eniin 149.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Transmisi Automatik.

  • Kuasa 11.5 Kw @ 8,000 rpm dan tork 14.5 Nm @ 6,750 rpm

  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyahaktif

  • Panel Meter TFT

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran

  • Fork teleskopik (konvensional), penyerap hentak berkembar (belakang) boleh laras

  • Sistem lampu LED Penuh

  • Kamera papan pemuka hadapan (Kualiti 1080p)

  • Sistem Kunci Pintar

  • Pad Anti-Gelincir

  • Pedal pembonceng bersalut aluminium

  • Tangki Bahan Api 9 liter

  • Berat 144 kg

Berikut adalah info untuk WMoto SM125i (2024)

  • Tiga warna pilihan: Radiant Yellow, Luminous Blue, Blazing Red

  • Enjin 123.7 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC dan transmisi 4 kelajuan

  • Kuasa 5.8 Kw @ 8,000 rpm dan tork 8.5 Nm @ 6,000 rpm

  • Fork teleskopik (konvensional) dan penyerap hentak berkembar (belakang)

  • Brek cakera (depan), brek dram (belakang)

  • Panel meter pelbagai warna

  • Sistem lampu LED penuh

  • Sistem kunci anti kecurian

  • Soket pengecas

  • Tangki Bahan Api 4 liter

  • Berat 96 kg

Seperti biasa, setiap pembelian datang dengan jaminan pengeluar iaitu perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.