SKUTER 'Retro' Honda Stylo 160 (2024) Lancar Di Indonesia, Harga Mula RM 8.3k!
TERKINI
2/7/20241 min read
ASTRA Honda Motor (AHM), baru-baru ini memperkenalkan sebuah model baharu jenama Jepun itu di pasaran Indonesia menerusi pelancaran skuter bergaya 'Retro' Honda Stylo 160 (2024).
Dua pilihan varian ditawarkan iaitu CBS dan Standard dengan perincian membabitkan harga dan warna adalah seperti berikut:
Honda Stylo 160 (2024) CBS: Rp. 27.55 juta (RM 8,383)
Pilihan warna: Glam Red, Glam Black dan Glam Beige
Honda Stylo 160 (2024): Rp 30.425 juta (RM 9,259)
Pilihan warna: Royal Green, Royal Matte Black dan Royal Matte White
Dari sudut rekaan, Honda Stylo 160 (2024) seperti dinyatakan lebih awal adalah skuter dengan gaya retro dengan ciri-ciri moden yang kebiasaan mengambil inspirasi daripada jenama Itali, Vespa.
Mengulas trenkuasa, Honda Stylo 160 (2024) dipadankan dengan enjin eSP+ bersesaran 160 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair dan Suntikan Bahan Api dengan transmisi automatik.
Justeru, ia adalah enjin yang sama dipadankan dengan Honda ADV 160, Vario 160 yang ada dijual di Malaysia.
Dan kuasa yang dihasilkan adalah 15.1 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.
Menggunakan kerangka dengan teknologi terkini eSAF, antara ciri-ciri menarik lain untuk Honda Stylo 160 (2024) adalah kapasitu tangki bahan api 5 liter dan ruang simpanan bawah pelana 16.5 liter.
Turut dipadankan adalah sistem lampu LED penuh, soket pengecas USB A dan panel meter digital penuh.
Tidak diketahui pasaran Malaysia akan memperoleh Honda Stylo 160 (2024) tetapi melihat kepada situasi semasa membabitkan Boon Siew Honda, jangkaan itu mungkin kelam.