SOMKIAT Chantra Ke MotoGP, Ada Kata Bakal Gagal, Masuk Kerana 'Politik'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/17/20242 min read

SOMKIAT Chantra bakal menyertai nama-nama besar beraksi di pentas MotoGP musim depan tetapi pelumba bintang Thailand itu didakwa bakal mengharungi kempen yang mengecewakan.

Selepas enam musim di Moto2 bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Chantra dinaikkan pangkat musim depan dan menjadi pelumba pertama Thailand di perlumbaan elit itu dengan menyertai LCR Honda.

Begitupun bagi bekas pelumba MotoGP yang kini bergelar pengulas sukan, Neil Hodgson, Chantra didakwa seperti belum bersedia untuk menghadapi saingan berkenaan.

"Perasaan saya bercampur baur," kata pengulas TNT Sports, Hodgson. "Ia hebat untuk kejuaraan. Menakjubkan. Kami semua menyukainya, dia adalah karakter dan nafas untuk udara yang segar.

"Negatifnya? Dia kini menghuni tangga ke-10 kejuaraan, dua hanya mempunyai dua kemenangan pada penampilannya di Moto2. Saya tidak pernah melihat dan kemudian berfikir 'dia nampak seperti pelumba MotoGP, dia mempunyai kemampuan untuk menjadi pelumba MotoGP'.

"Bila kali terakhir seseorang dinaikkan pangkat ke MogoGP dengan rekod seperti itu? Saya tidak boleh fikir sesiapapun. Fabio di Giannantonio kelima di Moto2. Luca Marini tidak menakjubkan tetapi jauh lebih baik berbanding Chantra.

"Kebimbangan saya adalah di menyertai MotoGP dengan pengeluar paling teruk dan rekod kemasukan paling buruk. Dia memang dijangka untuk gagal. Jika 21 pelumba dipisahkan dengan satu saat, dan dia satu saat di belakang mereka... dia boleh menjadi. Ia tidak bagus untuk sesiapapun."

Seperti diketahui, Chantra akan menggantikan pelumba Jepun, Takaaki Nakagami yang membuat keputusan untuk menjadi pelumba ujian untuk pengeluar Jepun itu tahun depan.

Sejak kehilangan bintangnya Marc Marquez musim ini, Honda nampak seperti kehilangan arah dan pelumba yang menggantikan tempat juara dunia lapan kali itu, Luca Marini setakat ini hanya mengumpul dua mata kejuaraan.

Pandangan sama turut disuarakan seorang lagi bekas pelumba yang kini bergelar pengulas, Michael Laverty.

"Chantra mendapat pasport untuk berlumba, dalam pelbagai cara. Idemitsu, gergasi minyak Jepun mahu pelumba dari Asia," kata Laverty. "Chantra sudah menjadi sebahagian daripada pasukan Moto2 mereka.

"Tetapi dia tidak mempunyai statistik untuk berada di atas. Jika kami mengatakan yang Jake Dixon patut dapat posisi itu, semua orang akan mengkritik kami yang menyataka dia juga mendapat pasport untuk berlumba, tetapi dia berada di posisi yang jauh lebih baik berbanding Chantra.

"Ia sesuatu yang sukar. Tiada apa yang perlu disembunyikannya. Dia (Chantra) pelumba yang berbakat tetapi belum bersedia untuk ke MotoGP, tetapi kamu faham bagaimana keadaan politik."