'SPORTBIKE' CFMoto 250SR Lite (2025) Bakal Terjah Pasaran Tempatan, Pelancaran Di GP Malaysia!
Tiba dengan penggunaan nama 'Lite', apa yang boleh dijangka CFMoto 250SR Lite (2025) akan datang dengan penawaran harga yang 'marhaen' dan menariknya mengikut maklumat, bawah RM 10k
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/16/20251 min read


SELEPAS model 'Naked bike' CFMoto 250NK Lite yang berjaga 'menggegar' pasaran tempatan, CFMoto Malaysia bakal meningkatkan penawaran dalam kategori 'Lite' dan kali ini dalam segmen 'Sporbike' CFMoto 250SR Lite (2025).
Tiba dengan penggunaan nama 'Lite', apa yang boleh dijangka ia akan datang dengan penawaran harga yang 'marhaen' dan menariknya mengikut maklumat, bawah RM 10k.
Turut dikenali sebagai CFLite 250SR, pelancarannya dijangka tidak lama lagi iaitu hujung bulan ini dan ia turut dikuatkan dengan hantaran media sosial daripada laman rasmi CFMoto Malaysia.
Dan daripada imej yang dikongsikan, jelas ia adalah model 'Sportbike' suku liter itu.
Daripada maklumat yang diperoleh, model berkenaan akan dilancarkan pada acara membabitkan sukan motosikal terbesar negara iaitu Grand Prix Malaysia yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini.
Dipacu enjin 250 cc, 1 Siliner, DOHC, kuasa yang dihamburkan adalah 27.4 Hp dan tork 22 Nm.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem brek anti-Kunci (ABS) dua saliran, tangki bahan api 12 liter.

