SPRINT GP Catalan Milik Marc Marquez

Kemenangan Marc Marquez begitupun seperti 'dihadiahkan' kepada juara dunia lapan kali itu selepas adiknya Alex Marquez dari Gresini Ducati berdepan kemalangan berbaki empat pusingan ketika sedang memimpin perlumbaan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/6/20252 min read

MotoGP
MotoGP

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez terus tidak mampu dikalahkan apabila meneruskan deretan kemenangan Sprint kepada lapan berturut-turut selepas menakluk perlumban singkat itu di Grand Prix Catalan 2025, hari ini.

Begitupun, kemenangan itu seperti 'dihadiahkan' kepada juara dunia lapan kali itu selepas adiknya Alex Marquez dari Gresini Ducati berdepan kemalangan berbaki empat pusingan ketika sedang memimpin perlumbaan.

Bermula di petak utama, Alex langsung tidak membiarkan kedudukan itu dirampas malah mencipta jurang hampir dua saat di depan abangnya sebelum terjatuh di selekoh ke-10.

Dan kemelangan itu membenarkan Marc untuk mengambil alih kedudukan berkenaan dan kekal di atas jenteranya sehingga garisan penamat sekali gus menjadi kemenangan Sprint ke-14 miliknya pada musim ini.

Melepasi garisan penamat 1.299 saat di belakang Marc adalah pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo.

Seorang lagi pelumba Ducati namun berlumba bersama pasukan milik legenda MotoGP Itali, VR46 Ducati iaitu Fabio Di Giannantonio melengkapkan kedudukan podium.

Tempat ke-4 menjadi milik pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta yang mengharungi pertarungan tiga serangkai membabitkan jentera pengeluar Austria itu iaitu rakan sepasukannya, Brad Binder dan Enea Bastianini.

Menariknya, trio berkenaan hanya dibezakan 0.075s di garisan penamat.

Johann Zarco menjadi pelumba Honda terpantas selepas bintang LCR Honda itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 di hadapan pelumba pasukan 'kilang' pengeluar itu, Luca Marini.

Pelumba terbaik Aprilia adalah menerusi pelumba Trackhouse, Ai Ogura yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 yang juga mata terakhir Perlumbaan Sprint.

Dua pelumba pasukan 'kilang' jenama itu, Marco Bezzecchi dan Jorge Martin masing-masing tidak menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Marc, Pecco Bagnaia terus bergeut apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Keputusan di Catalunya turut memberi Marc peluang untuk dinobatkan juara dunia seawal di Misano, Itali minggu depan dengan jurang antaranya dengan Alex kini 187 mata. Jika jurang berkenaan kekal di tahap 185 mata atau lebih, peluang itu menjadi lebih besar.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Catalan 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 58.946s

  2. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +1.299s

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +3.653s

  4. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +5.868s

  5. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +5.913s

  6. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +5.943s

  7. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +7.017s

  8. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +7.346s

  9. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +8.488s

  10. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +8.578s

  11. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +9.788s

  12. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +10.165s

  13. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +11.593s

  14. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +14.463s

  15. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) +15.936s

  16. Aleix Espargaro (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +16.909s

  17. Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +17.040s

  18. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +22.439s

Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), DNF

Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), DNF

Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, DNF

Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), DNF

Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), DNF

Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), DNF

* Rookie