STATUS Saya, Marc Marquez Di Awal Musim Sama - Pecco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/5/20241 min read


FRANCESCO Bagnaia menolak pendapat rakan sepasukannya, Marc Marquez yang menyatakan statusnya di Ducati Lenovo lebih tinggi berbanding juara dunia lapan kali itu.
Memetik laporan Motorsport.com, Bagnaia yang ditemui ketika acara istimewa membabitkan Ducati 'Campioni in Festa' di Bologna, Itali berkata yang angka berkenaan di dalam pasukan tidak sepatutnya wujud.
"Setiap musim sentiasa bermula dengan permulaan, dengan pelumba-pelumba mempunyai kata-kata yang sama dan saya percaya yang perkara berubah ketika musim sedang berjalan, kerana setiap kali kamu bermula daripada kosong," kata Bagnaia.
"Saya percaya yang ia adalah perkara yang sama, yang jika ketika musim salah seorang pelumba di depan (dalam kejuaraan) dan seorang lagi jauh di belakang, kamu perlu bekerja untuk membantu mereka yang berada di depan.
"Saya fikir Marc, sebagai seorang yang amat bijak, terus faham dengan persekitaran ini dan apa cara kerja yang kami gunakan.
"Di Barcelonoa, kami melakukan ujian yang baik bersama-sama jadi jika kami meneruskan perkara seperti ini, kami sudah pun berada di landasan yang baik.
Bagnaia menamatkan sesi ujian di Barcelona bulan lalu sebagai pelumba ketiga terpantas diikuti Marquez ke-4 dengan kedua-duanya menggunakan jentera Ducati GP25.
"Perasaan saya dan Marc terhadap jentera hampir sama dan ia perkara yang amat positif, kerana kami berjaya untuk mengenal pasti dengan agak pantas perkara yang kami perlu usahakan," kata Bagnaia.
"Perkara yang lebih baik dan perkara yang buruk. Pada akhirnya ia lebih mudah untuk para jurutera dan juga untuk Gigi (Dall’Igna) untuk mengenal pasti laluan yang perlu diikuti untuk tiba dengan lebih bersedia di Malaysia."
