'SUSAH Nak Terima'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/7/20241 min read


PEDRO Acosta yang memulakan perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Jepun 2024 di petak utama menggambar insiden yang menyaksikan dia sekali lagi terjatuh ketika perlumbaan MotoGP sebagai 'sukar boleh diterima'.
Selepas merangkul petak utama pertama kariernya di MotoGP pada Sabtu, pelumba GasGas Tech3 itu berdepan nasib malang apabila terjatuh ketika sedang memimpin Perlumbaan Sprint pada hari sama.
Dan situasi seakan sama berulang pada Perlumbaan MotoGP yang menyaksikan pelumba berusia 20 tahun itu sekali lagi terjatuh ketika sedang berada di posisi kedua di belakang Francesco Bagnaia.
"Saya sedang cuba untuk bersedia memasuki laluan lurus utama dengan sedikit lebih baik kerana saya bergelut sedikit untuk merapatkan jarak dengan Pecco untuk cuba memintas," kata Acosta.
"Tetapi apapun, ia adalah kesilapan saya.
"Untuk ini, sukar untuk saya berkata sesuatu. Benar yang ia amat-amat hampir. Ayuh cuba lagi di Australia.
"Bagi saya, perasaannya hampir serupa dengan semalam (Sabtu). Sukar untuk menerima kemalangan ini. Kami akan cuba lagi di Australia kerana kami semakin hampir."
Sekalipun kecewa, Acosta berkata masih ada perkara positif diperoleh daripada Motegi.
"Perasaan kami pada minggu ini hebat," katanya. "Australia kebiasaan adalah litar yang agak laju. Kami boleh lihat apa yang Brad lakukan pada musim lepas.
"Kita akan lihat bagaimana keadaan permukaan litar di sana adan bagaimana situasi membabitkan tayar, kerana ia menjadi persoalan."
