SUZUKI Gixxer 250, SF250 Di Malaysia Tak Terbabit Isu 'Panggil Semula'

TERKINI

2/22/20241 min read

TERKESAN dengan isu 'panggil semula' membabitkan model Suzuki Gixxer 250, SF250 di pasaran India, Suzuki Malaysia mengeluarkan satu hebahan mengenai perkara berkenaan.

Dan sedikit melegakan, Suzuki Malaysia mengesahkan ia tidak membabitkan kedua-dua model berkenaan di pasaran tempatan.

"Sukacitanya dimaklumkan bahawa kesemua unit pemasangan tempatan model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Malaysia tidak perlu melalui prosedur panggilan semula," tulis Suzuki Malaysia menerusi hebahan berkenaan di laman rasmi media sosialnya.

"Suzuki Malaysia memberi jaminan serta komitmen tertinggi terhadap pengalaman pemilikan, kepuasan tunggangan, dan keselamatan pengguna kami."

Memetik laporan media automotif di India, model-model yang terbabit dengan isu 'panggil semula' itu adalah Suzuki Gixxer 250, SF250 dan V-Storm 250SX.

Dan ketiga-tiga model berkenaan menjalani diagnosis dan mengalami isu trenkuasa terutama membabitkan 'Camshaft'.

Berikutan isu berkenaan, motosikal yang terjejas akan menunjukkan simpton seperti enjin terhenti secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi yang tidak normal.

Kepada yang mahukan lebih info atau mahukan maklumat lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, boleh hubungi Suzuki Malaysia menerisi email info@suzuki.com.my.