SUZUKI Malaysia Anjur Jualan Gudang Retro Suzuki, 30 & 31 Mac Ini Di Shah Alam!

TERKINI

3/21/20241 min read

SUZUKI Malaysia pada 30 & 31 Mac ini (Sabtu & Ahad) akan menganjurkan acara khas yang boleh dianggap mengujakan - Jualan Gudang Retro Suzuki membabitkan alat ganti model-model yang dikatakan retro jenama itu.

Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang, lokasi jualan khas berkenaan adalah di No.94, Jalan Penyair U1/44, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam Selangor.

Menurut Suzuki Malaysia, jualan gudang itu dibuat selepas syarikat itu melakukan audit kepada inventori mereka baru-baru ini.

Selain alat ganti, turut dijual di acara itu adalah pelbagai barangan aksesori termasuk 'Cover set'.

Dan model-model retro yang terbabit termasuk model-model popular seperti Suzuki Axelo, RG, RC80, FC110, FD110 (Smash), FU150SCD (Belang), FX125, FXR150, TRX150 (Panther) dan Shogun FL125.

Turut tidak ketinggalan adalah alat ganti dan aksesori untuk model skuter seperti Suzuki V100, Vr125, VS125, VS150, UD110, UY125, UK110 dan UK125.

Menurut Suzuki Malaysia lagi, harga untuk barangan yang dijual dijamin tak masuk akal dan berpatutan kerana untuk bagi mengosongkan stok sedia ada di kilang.

Turut dijual adalah barangan cenderahati Suzuki Malaysia.