SUZUKI Malaysia Lancar 3 Model Di MA 2024, Suzuki GSX-S 1000GX, GSX-8R, V-Strom 800 (2024) Dirasmikan!

PELANCARAN

5/21/20242 min read

SUZUKI Malaysia, seperti dijangka melancarkan tiga model terbaharu di pasaran tempatan, Suzuki GSX-S 1000GX, Suzuki GSX-8R dan Suzuki V-Strom 800 (2024), hari ini.

Dirasmikan pada Malaysia Autoshow (MA) 2024 yang akan membuka pintunya kepada awam, esok, harga (asas) yang diumumkan oleh Suzuki Malaysia untuk ketiga-tiga model terbaharu itu adalah seperti berikut:

  • Suzuki GSX-S 1000GX (2024) - RM 89,900

  • Suzuki GSX-8R (2024) - 53,800

  • Suzuki V-Strom 800 (2024) - 54,800

Seperti diketahui, Suzuki GSX-S 1000GX yang diposisi dalam segmen 'Sport touring' dan Suzuki GSX-8R 'Sportbike' membuat penampilan tahun lalu.

Manakala untuk Suzuki V-Strom 800, ia boleh dianggap sebagai 'adik' kepada V-Strom 800DE yang sudah pun tiba lebih awal namun lebih fokus kepada 'on-road' menerusi penggunaan set roda 'Sport' tanpa tiub.

Perincian ringkas adalah seperti berikut:

Suzuki GSX-S 1000GX (2024)

  • Enjin K5 999 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap transmisi 6 kelajuan klac manual

  • Kuasa 152 PS @ 11,000 rpm, tork 106 Nm @ 9,250 rpm.

  • Sistem suspensi separa-aktif elektronik digelar 'Suzuki Advanced Electronic Suspension' (SAES).

  • 4 Mod tunggangan tersedia “H” (Hard), “M” (Medium), “S” (Soft) dan 'kustom' “U” (User) yang memiliki tetapan tersendiri.

  • Ada Suzuki Road Adaptive Stabilization (SRAS), Suzuki Floating Ride Control (SFRC) dan Suzuki Drive Mode Selector Alpha.

  • 'Ride by wire', 'Quickshifter (atas/bawah), Kawalan Jelajah, Sistem 'Motion track brake', 'Cornering ABS', sistem 'Slope Dependent Control', Suzuki Easy Start dan 'Low RPM Assist'.

Suzuki GSX-8R (2024)

  • Enjin 776 cc, 2 Silinder Parallel-twin, 270 Darjah 'Crank', transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac 'Slipper & Assist'

  • Ada sistem 'Quickshifter' (atas/bawah).

  • 3 mod tunggangan, Kawalan Traksi (tiga tetapan/boleh nyahaktif), sistem 'Easy Start', sistem 'low rpm assist'

  • Panel meter TFT berwarna penuh lengkap sambungan ke telefon bimbit

Suzuki V-Strom 800

  • Enjin 776 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, transmisi 6 kelajuan klac manual.

  • Kuasa 83 Hp @ 8,500 rpm, tork 78 Nm @ 6,800 rpm.

  • Rim 'Sport' aluminium 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang)

  • Ada Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti-Kunci, Mod Tunggangan, Sistem 'Easy Start', 'Low RPM Assist'.

  • Sistem ABS dua tetapan (Low, High), Kawalan Traksi juga mempunyai mod dan boleh dinyahaktif.

  • Panel meter yang digunakan kekal jenis TFT berwarna 5-inci tanpa sambungan ke telefon bimbit.

  • 'Quickshifter' 'up-down'

Kepada yang berminat, ketiga-tiga model dan pelbagai model terbaru Suzuki Malaysia turut dipamerkan di Malaysia Autoshow (Dewan D) kali ini.

Selain itu, Suzuki Malaysia turut menawarkan sesi pengalaman tunggang uji khas buat semua pengunjung berdaftar dengan sesi berlangsung pada 25 Mei (Sabtu) dan 26 Mei (Ahad).