SUZUKI Malaysia Pamer Dua Skuter Di KLBS 2023, Dah Sedia Masuk Pasaran, Harga 'Marhaen'?

TERKINI

8/28/20231 min read

SELAIN barisan model 250 cc yang mendapat perhatian di KLBS 2023 yang sudah melabuhkan tirainya, semalam, Suzuki Malaysia turut menayangkan sesuatu yang menarik iaitu dua model skuternya iaitu Suzuki Avenis 125 dan Burgman 125.

Sekalipun dipadankan dengan sesaran enjin sama - 125 cc - kedua-dua model skuter yang dijadual membuat penampilan rasmi, tahun depan itu tampil dengan perwatakan yamng berbeza.

Untuk Suzuki Avenis 125, ia adalah skuter yang bersaing dalam segmen 'cilik' dengan rekaan lebih ramping dan kecil seperti Yamaha Ego Gear atau Honda Vario 125.

Manakala untuk Suzuki Burgman, ia tampil dengan gaya seperti skuter maxi yang memilik saiz lebih besar dan 'berlawan' dalam segmen yang turut diisi Yamaha NMax.

Berdasarkan info yang diperoleh, kedua-dua skuter berkenaan dijangka datang pada tanda harga katanya 'marhaen', sekitar RM 7k ke RM 8k.

Dan untuk menjadikannya 'marhaen', ia dikatakan adalah model yang akan dipasang dalam negara (CKD).

Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa, kedua-dua model dijana enjin yang sama iaitu enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan - untuk kedua-dua skuter ini - adalah sekitar 8.7 PS pada 6,750 rpm dan tork 10 Nm pada 5,500 rpm.