SUZUKI Malaysia Tayang 3 Model 250 cc Di KLBS 2023, Pelancaran Tahun Ini, Harga Jangka Bawah RM 20k!
TULAR
8/25/20231 min read
ADA perkembangan menarik diperoleh daripada Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 yang sedang berlangsung ketika ini di World Trade Center KL membabitkan Suzuki Malaysia yang juga antara pempamer di acara berkenaan.
Selain penawaran terbaharunya, Suzuki GSX-8S, Suzuki V-Strom 800DE dan 1050DE (2023), pengedar rasmi dan eksklusif motosikal Suzuki di Malaysia itu turut menayangkan beberapa model yang sedang hangat dibualkan.
Ia adalah barisan model 250 cc yang pernah dilaporkan beberapa media automotif tempatan termasuk MotoDotMy sebelum ini.
Tidak lagi mahu berselindung dan bukan satu atau dua model, Suzuki Malaysia menayangkan ketiga-tiga model
Ketiga-tiga model berkenaan adalah dan Suzuki Gixxer SF250, Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki V-Strom 250 SX.
Untuk model Suzuki Gixxer SF250, ia adalah model 'Sportbike' suku liter jenama itu yang tampil dengan perwatakan 'Sporty'.
Suzuki Gixxer 250 pula adalah model 'Naked' dan paling mendapat perhatian pastinya Suzuki V-Strom 250 SX yang diposisikan dalam segmen 'Adventure touring'.
Dari sudut trenkuasa, ketiga-tiga model menggunakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Dan melihat kepada angka kuasa dengan tork model yang dijual di pasaran India, ketiga-tiga turut menghasilkan angka yang sama iaitu kuasa 26.5 Ps pada 9,300 rpm dan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.
Apa yang menariknya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, ketiga-tiga motosikal berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini berkemungkinan pada hujung tahun dengan tempahan sudah pun dibuka.
Apa yang lebih menarik adalah harga yang dijangka ditawarkan iaitu bawah RM 20k (menurut sumber). Jadi, sama-sama kita nantikan.