SUZUKI Malaysia Umum Harga Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024), Asas RM 115.9k
TERKINI
11/3/20231 min read
SELEPAS beberapa kali dipertontonkan, Suzuki Malaysia akhirnya mengumumkan tanda harga jentera edisi terhad Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) iaitu RM 115,900 (asas).
Seperti biasa, harga yang diumumkan itu adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Sebagai info, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) dihasilkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-25 penghasilan motosikal yang sudah memasuki generasi ketiga itu.
Dan tiba sebagai model edisi terhad, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) tampil dengan skema warna istimewa gabungan 'Glass Blaze Orange & Glass Sparkle Black' (Jingga & hitam).
Ia 'diserikan' dengan corak gravik seperti abjad 'V' berwarna merah.
Tiba sebagai model edisi istimewa, antara kelainan lain adalah ia turut memiliki lencana ulang tahun ke-25 di bahagian tangki minyak serta nama Hayabusa turut terpampang pada 'mufler' ekzos dan rantai.
Selain itu, ia turut datang dengan ciri pelana tunggal kerana bahagian tempat duduk pembonceng kerana dengan 'kowl'.
Mengulas trenkuasa, motosikal ini dijana enjin bersesaran 1,340 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa dihasilkan setinggi 187 Hp pada 9,700 rpm dan tork 150 Nm pada 7,000 rpm.
Sebagai antara model aras tinggi Suzuki, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) turut dilengkapi dengan teknologi canggih Sistem Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).
Menggunakan sistem terotel 'Ride by Wire', SIRS turut merangkumi Kawalan Traksi, Kawalan Jelajah, Kawasaki Wheelie, Kawalan Brek Enjin dan mod tunggangan.
Mengulas sistemn suspensi motosikal ini, ia dijana fork jenis terbalik (USD) KYB dengan ciri pelarasan penuh dengan penyerap hentak tunggal belakang semi elektronik.
Sistem brek pula dijana cakera berkembar yang dipadankan dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston dan brek cakera tunggal dengan kaliper Nissin lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 'Motion Track'.
Informasi lain terhadap motosikal ini adalah tangki bahan api 20 liter, berat 264 kg, tinggi pelana 800 mm dan set roda 120/70-17 (depan) dan 190/50-17 (belakang).
Kepada yang berminat, motosikal 'Sportbike' aras tinggi yang dicipta untuk kelajuan ini sudan pun tiba ke bilik pameran rangkaian pengedar Suzuki Big Bike World seluruh negara dan unit tersedia katanya terhad.