SUZUKI Motor Ucap Selamat Datang Kepada Hafizh Syahrin Bagi Suzuka 8 Hours 2023, Suzuki Malaysia Pun Teruja

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/9/20231 min read

MENGIKAT kontrak dan menggunakan jentera Honda di Kejuaraaan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda, musim ini tidak menghalang bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah daripada dipikat dan memanfaatkan kepakarannya bersama jenama lain.

Tetapi kejuaraan yang disertai pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu bukanlah di WSBK, namun di perlumbaan 'Endurance' Dunia berprestij, Japan Suzuka 8 Hours 2023.

Tidak beraksi bersama pasukan yang menggunakan jentera Honda, Hafizh atau nama julukannya 'Pescao' akan menyertai pasukan AutoRace Ube Racing Team yang menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000R di kejuaraan berenaan.

Dan pelumba berkenaan baru saja mmenamatkan sesi ujian yang berlangsung minggu ini, bersama beberapa lagi pelumba negara termasuk Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin.

Bersama AutoRace Ube Racing Team, Hafizh bakal bergandingan dengan Dan Linfoot dan Takuya Tsuda (Bekas Pelumba Ujian Team Suzuki MotoGP).

Sebagai info, perlumbaan Japan Suzuka 8 Hours dijadual berlangsung pada 4-6 Ogos ini.

Suzuki Malaysia dalam pada itu turut menitipkan kata-kata semangat kepada Hafizh: "Sama-sama kita menyokong Hafizh Syahrin. All the best from us at Suzuki Malaysia! Roket Terus, Berani Membara!

Berikut adalah pautan yang dikongsikan membabitkan pasukan dan laman sosial Hafizh Syahrin.

- Link pasukan: https://ar-ube-rt.com/

- Link instagram Hafizh Syahrin: https://instagram.com/hafizh_syahrin?igshid=MzRlODBiNWFlZA==