SUZUKI Raider R150 Fi (2023) Bakal Dapat Warna Baharu, Harga Pun Baru?

TULAR

7/26/20231 min read

SUDAH lebih setahun Suzuki Malaysia melancarkan kapcai 'Super mopednya', Suzuki Raider R150 Fi dan motosikal 'panas' berkenaan dijadual mendapat kemas kini terbaharu tak lama lagi.

Perkembangan menarik itu diperoleh daripada hantaran laman sosial beberapa pengedar rasmi jenama itu sebelum dikuatkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Suzuki Malaysia. Begitupun, tiada tarikh bila pilihan warna baharu itu akan dilancarkan dikongsikan.

Sebagai info, Suzuki Raider R150 Fi membuat debut rasmi di pasaran Malaysia pada Mac 2022. Dan harga jualan yang disyorkan untuk motosikal ini agak menarik iaitu RM 8,173 (asas) dan ia boleh dikatakan yang paling 'marhaen' dalam kelasnya.

Kepada yang tak tahu, selain versi Standard, Suzuki Malaysia turut melancarkan dua versi edisi istimewa iaitu Suzuki Raider R150 Fi GP Special Edition 2023. Satu lagi model versi istimewa adalah Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah yang dijual pada harga asas RM 11,988.

Sebagai info, Suzuki Raider R150 Fi menjadi salah satu model 'panas' di pasaran tempatan selepas tular di media sosial model 'standard' motosikal itu boleh dikerah sehingga 180 kmj.

Jika melihat kepada penawaran sama di negara jiran, tiada perubahan major dijadual berlaku kepada Suzuki Raider R150 Fi 2023.

Tetapi yang dibimbangkan adalah mengenai harganya sama ada ia akan meningkat atau kekal. Jadi, sama-sama kita nantikan.