SUZUKI Raider R150Fi (2023) Dapat Penampilan Baru Di Malaysia, Harga Kini RM 8,838 (Asas)!

PELANCARAN

7/27/20231 min read

SEPERTI dijangka, kapcai yang diberi julukan terpantas (Standard kilang) di Malaysia, Suzuki Raider R150Fi memperoleh kemas kini terbaharu, hari ini bagi versi 2023.

Begitupun seperti dijangka, pembaharuan yang diberikan kepada motosikal yang didakwa berupaya dikerah ke kelajuan 180 kmj ini hanya membabitkan 'kosmetik' iaitu pilihan warna baharu.

Pilihan warna baharu yang dikatakan lebih segar itu adalah:

  • Bright Ivory/Titan Black

  • Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey

Selain pilihan warna baharu, turut dikemaskini adalah corak grafik yang dipadankan selain harganya.

Harga terbaharu yang diumumkan oleh Suzuki Malaysia untuk motosikal berkenaan adalah RM 8,838 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Sebagai perbandinhan, ketika dilancarkan pada Mac tahun lalu, Suzuki Raider R150 Fi diumumkan pada harga cukup menarik dan mengujakan menarik iaitu RM 8,173 (asas).

Mengulas ringkas trenkuasa, motosikal ini dijana enjin bersesaran 147.3 cc, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang dipadankan dengan transmisi klac manual 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan mengagumkan dalam kelasnya iaitu 18.2 Hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.

Ciri-ciri menarik yang dipadankan adalah lampu LED (depan/belakang), panel meter digital, ruang penyimpan baharu, sistem Suzuki Easy Start.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal belakang. Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan/belakang) manakala set roda bersaiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang).

Dan seperti kebiasaan, setiap pembelian akan diberikan jaminan perbatuan 20,000 km atau 2 tahun (mana satu tiba dahulu).