SWM SC250X, Skuter 2 Silinder, Pacuan Rantai Dijadual Lancar 2027
Menurut pengurusan MForce Bike, SWM SC250X sedang berjalan lancar dan beberapa unit prototaip ujian dijadualkan tiba di Malaysia tahun ini untuk proses penilaian tempatan
TERKINI
8/8/20261 min read


SKUTER yang dipadankan dengan konfigurasi enjin 2 silinder dengan pacuan rantai, SWM SC250X mencipta sensasi ketika ditayangkan di pentas MForce MotoXperience 2026 pertengahan tahun ini.
Dan selepas beberapa bulan, ada perkembangan terbaharu dan menarik mengenai skuter itu diumumkan oleh pengedarnya, MForce Bike.
Melihat sendiri sesu ujian skuter berkenaan di kilang pengeluarannya di China, Pengurus Unit Penyelidikan dan Perancangan Pembangunan Produk MForce, Omar Yani Othman mendedahkan beberapa perincian mengenai model berkenaan.
Menurut Omar, fasa ujian untuk SWM SC250X sedang berjalan lancar dan beberapa unit prototaip ujian dijadualkan tiba di Malaysia tahun ini untuk proses penilaian tempatan.
Menariknya jika mengikut jadual, skuter berkenaan bakal dilancarkan Seawal tahun depan.

