SYARAT Marc Marquez Berdamai Dengan Valentino Rossi

Adakah peminat berpeluang untuk melihat hubungan tegang antara pelumba Ducati Lenovo Marc Marquez dan legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi kembali reda atau terus berakhir?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/17/20251 min read

Marc Marquez
Marc Marquez

JUARA dunia lapan kali, Marc Marquez seperti diketahui mempunyai hubungan yang tegang dengan legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi dengan keadaan itu dikatakan memuncak susulan insiden di Grand Prix (GP) Malaysia pada 2015.

Sekalipun ada usaha untuk meredakan ketegangan itu, tetapi beberapa siri insiden menyaksikan situasi itu kekal sehingga Rossi bersara pada penghujung musim 2021 dan ia kekal hingga ke hari ini.

Tetapi dalam temu bual terbaharu bersama penyiar DAZN, ada sinar untuk melihat kedua-duanya berdamai terutama dari pihak Marquez.

"Apabila sesuatu perkara tidak bergantung sepenuhnya kepada satu individu, anda tidak boleh berkata, 'Tidak, saya berminat'," kata Marquez yang memberi petunjuk dia bersedia untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

Selepas kemenangan Marquez di Mugello tahun ini, suasana tegang kembali memuncak apabila sebahagian peminat Itali mengejeknya yang dilihat sebagai sebagai tanda sokongan padu kepada Rossi.

Situasi itu jelas mencetus rasa kurang senang termasuk kepada bos Ducati Lenovo, Davide Tardozzi yang mahu Marquez dan Rossi berdamai.

Kehadiran Marquez ke pasukan 'kilang' Ducati Lenovo pada musim ini menandakan fasa baharu dalam karier pelumba Sepanyol itu.

Dia kini semakin menghampiri rekod tujuh kemenangan dalam kelas perdana MotoGP sekali gus menyamai rekod milik Rossi.

Tetapi mengulas rekod 89 kemenangan Rossi di MotoGP, Marquez yang baru-baru ini berjaya melepasi pencapaian Giacomo Agostini dengan kemenangan ke-69 di Jerman mengakui ia sukar.

“Saya tak tahu berapa kemenangan Agostini dan Valentino… Adakah 89? Tetapi itu sukar. Namun untuk mencapai tujuh kejuaraan dunia MotoGP? Itu saya nampak lebih mudah,” kata Marquez.