SYM Cruisysm 400 2025 Bakal Terjah Pasaran Malaysia, Pelancaran Bulan Depan
Pelancaran SYM Cruisysm 400, yang berdasarkan maklumat yang diperoleh akan berlangsung pada September ini mengikuti pelancaram skuter bergaya Adventure, SYM ADXTG 400 pada suku kedua tahun ini
TERKINI
8/23/20251 min read


SEGMEN skuter maxi di Malaysia bakal terus meriah apabila syarikat pengedar eksklusif SYM, MForce Bike Holdings dikatakan akan membawa masuk model berwajah futuristik, SYM Cruisym 400 (2025) tak lama lagi.
Pelancaran itu, yang berdasarkan maklumat yang diperoleh akan berlangsung pada September ini mengikuti pelancaram skuter bergaya Adventure, SYM ADXTG 400 pada suku kedua tahun ini.
Dan menguatkan lagi maklumat itu, beberapa pengedar rasmi MForce Bike dilihat sudah pun mengiklankan skuter berkenaan di platform media sosial.
Lebih menarik, turut difahamkan adalah SYM Cruisym 400 bakal ditawarkan dengan harga bawah RM 29k.
Sebagai info, SYM Cruisym 400 adalah model serba baharu jenama pengeluar Taiwan itu yang membuat debut sulung di EICMA tahun lalu.
Dipacu enjin bersesaram 399.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, dengan transmisi automatik CVT.
Ia menjana kuasa sebesar 34 Hp pada 6,750 rpm dan tork 39.5 Nm pada 5,250 rpm.
Ciri-ciri menarik lain adalah seperti sistem lampu LED penuh, panel meter TFT 7 Inci dan turut memiliki ciri seperti ‘screen mirroring’dan ‘turn-by-turn navigation’.
Seperti motosikal moden lain dari China, turut melengkapi SYM Cruisym 400 adalah fungsi dashcam yang menawarkan rakaman depan dan belakang.
Info lain
ABS
Kawalan Traksi
Visor angin boleh laras secara manual
Ruang simpanan bawah pelana 42 liter
Ada TPMS
Port pengecas USB Type-C
Tangki bahan api 13 liter






