SYM Husky 150 SE (2026) Kini Dengan Warna Baharu, RM 10,598!

Empat pilihan warna baharu yang ditawarkan oleh MForce Bike untuk skuter bergaya 'Adventure' SYM Husky 150 SE adalah Indigo Blue, White, Matt Grey dan Glossy Green

TERKINI

1/2/20261 min read

SYM Malaysia sempena tahun baharu 2026 mengumumkan kemas kini untuk skuter bergaya 'ADV' popularnya SYM Husky 150 Special Edition (SE) yang kini hadir dengan empat pilihan warna baharu yang katanya lebih menarik.

Empat pilihan warna baharu itu adalah Indigo Blue, White, Matt Grey dan Glossy Green.

Dan harga yang diumumkan adalah RM 10,598 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Dari sudut penampilan, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa.

Seperti model sebelum ini, SYM Husky 150 SE (2026) dipadankan dengan enjin 150 cc, 1 Silinder , 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 10.8 kW pada 8,000 rpm serta tork 14.5 Nm pada 6,000 rpm.

Seperti model-model terbaharu, SYM Husky 150 SE (2026) turut memiliki sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Menurut pengedar rasmi MForce Bike, SYM Husky 150 SE (2026) sudah pun boleh didapati di semua pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.

Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sehingga 20,000 kilometer.