SYM Husky 200 (2026) Tiba Di Cawangan Pengedar, Umum Pada Perasmian MForce Smart Shop Kamunting!

SYM Husky 200 (2026) dilancarkan ketika acara Malaysia Bike Show 2026, bulan lalu dan ia menjadi model naik taraf dan pengganti kepada salah satu model popularnya, SYM Husky 150

TERKINI

6/21/20261 min read

SYM Malaysia melancarkan SYM Husky 200 (2026), model naik taraf yang menjadi pengganti kepada skuter popularnya, SYM Husky 150 ketika acara Malaysia Bike Show 2026, bulan lalu.

Dan mengikuti pelancaran itu, skuter berkenaan akhirnya mula menerjah cawangan pengedar rasmi MForce Bike bermula dengan cawangan terbaharu MForce Smart Shop yang terletak di Kamunting, Taiping, Perak.

Cawangan terbaharu MForce Smart Shop di utara tanah air itu dikendalikan oleh Sin Lean Huat Trading.

Sebagai info dan menurut MForce, ia adalah cawangan pertama MForce Smart Shop yang dibuka di Perak.

Berbalik kepada SYM Husky 200 (2026), meskipun tampil lebih bertenaga, harga yang diumumkan untuk skuter bergaya 'Adventure' itu kekal kompetitif iaitu RM 10,998 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Hijau, Putih dan Ungu.

Seperti namanya, antara peningkatan SYM Husky 200 adalah dari sudut trenkuasa dengan ia kini dipacu oleh enjin 175 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan APi, OHC dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa berada pada angka 16 Hp pada 8,000 rpm dan tork 15.6 Nm pada 7,000 rpm.