SYM NHR 300, Cara 'Gergasi' Taiwan Nak 'Cuit' Pasaran ADV Touring!
Sebagai motosikal dalam segmen 'lasak', SYM NHR 300 mendapat inspirasikan mekanikal moden dengan bahagian depan jika diperhatikan nampak seperti robot menerusi bahagian panel bersegi
TERKINI
1/11/20261 min read


SYARIKAT pengeluar motosikal terkemuka Taiwan, SYM ketika pameran motosikal antarabangsa EICMA 2025 memperkenalkan penawaran baharunya dalam segmen 'lasak', SYM NHR 300 dan seperti dijangka, ia berjaya menarik perhatian.
Apa tidaknya, selain berada dalam segmen di luar kebiasaan SYM iaitu Adventure bike/dual-sport, SYM NHR 300 tampil dengan rekaan yang boleh dikatakan cukup unik.
Mendapat inspirasikan mekanikal moden, bahagian depan jika diperhatikan nampak seperti robot dengan bahagian panel bersegi.
Seperti motosikal 'ADV' lain, dari sudut posisi tunggangan, ia tampil dengan posisi menegak untuk kawalan lebih baik di pelbagai permukaan.
Ulas trenkuasa, SYM NHR 300 dipadankan dengan enjin 278.3 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi 6 kelajuan.
Kuasa pada angka 23.5 Hp @ 7,500 rpm dengan tork 22.5 Nm @ 7,000 rpm.
Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan sistem brek menggunakan cakera tunggal 288 mm (depan) dan cakera 222 mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Info lain:
Panel meter jenis LCD
Set roda 100/90-19 (depan), 130/80-17 (belakang).
Tangki bahan api 14 liter
Berat 177 kg
Tetapi jika tiba di Malaysia, enjin yang digunakan mungkin berbeza iaitu bawah 250 cc, sesuai dengan pengkelasan enjin di pasaran tempatan.
Setakat ini, harga & tarikh jualan rasmi belum diumumkan oleh SYM namun ia dijangka lebih kompetitif berbanding pesaing Jepun.
Sama ada pihak pengedar rasmi SYM di Malaysia, MForce Bike berminat untuk membawa masuk model ini ke pasaran masih belum diketahui tetapi berdasarkan populariti segmen itu di negara ini, peluangnya nampak ada.





