SYM VFE 185i (2025) Tiba Di Malaysia, RM 9,988!
Persaingan dalam segmen Supermoped makin panas apabila SYM Malaysia melancarkan jagoannya SYM VFE 185i (2025) yang juga motosikal kapcai dengan sesaran enjin terbesar di pasaran
PELANCARAN
9/30/20251 min read


MFORCE Bike menerusi SYM Malaysia menghangatkan 'persaingan' dalam segmen Supermoped apabila melancarkan versi terbaharu jagoannya, SYM VFE 185i (2025) dan menariknya bersama harga menarik, RM 9,988.
Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Sebagai model motosikal dalam segmen Supermoped atau kapcai bersesaran enjin tinggi, menurut SYM Malaysia, SYM VFE 185i (2025) menggabungkan elemen prestasi dengan teknologi moden.
Tiga pilihan warna menarik iaitu White, Green serta Blue dan kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.
Di bahagian trenkuasa, SYM VFE 185i (2025) dikuasakan oleh enjin 183 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah sebesar 19.7 Hp pada 9,000 rpm dan tork 17.46 Nm pada 7,500 rpm.
Dimensi
Panjang 2,000 mm
Lebar 740 mm
Tinggi 1,150 mm
Jarak roda 1,305 mm
Laga bumi 135 mm
Tinggi pelana 800 mm
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera 250 mm (depan) dan cakera 200 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Ciri-ciri menarik:
Sistem penghidup elektrik
Sistem lampu LED penuh
Panel meter digital berwarna LED
Sistem kunci pintar
Port pengecas USB Type-A QC 3.0
Ada lampu nombor plat
Set roda 90/80-17 (depan), 120/80-17 (belakang)
Kapasiti tangki bahan api 7 liter
Berat 135 kg
Macam biasa, setiap pembelian mana-mana model SYM VFE 185i (2025), pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
















