TAK Boleh Nak Letak Marc Marquez Di Pasukan 'Rasmi', Beri Jentera 'Factory' - Gigi

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/12/20231 min read

TIADA keraguan Gigi Dall’Igna antara bos Ducati yang gembira dengan kehadiran Marc Marquez ke kem Ducati tetapi Pengurus Besar Ducati Corse itu tetap menjelaskan sudah terlalu lambat untuk memberikan pelumba bintang itu tempat bersama pasukan rasmi atau jentera berstatus 'Factory'.

Sebelum menyertai salah satu pasukan satelit Ducati, Gresini Racing, Marquez mempunyai peluang menyertai Pramac Racing - pasukan yang menggunakan jentera spesifikasi 'Factory' Ducati.

Tetapi ketika ditanya mengenainya, Dall’Igna memetik laporan AS berkata ia tindakan yang tidak tepat.

"Ketika ini, kami memiliki begitu banyak penunggang dan segala-galanya diuruskan dengan amat baik dan kerana itu perkara ini tidak patut timbul," kata Dall’Igna.

"Saya akan katakan tidak. Kamu tidak boleh berfikir mengenai meletakkan Marquez dalam pasukan rasmi.

"Tiada sebarang kemungkinan untuk memikirkan idea ini kerana segala yang berlaku sudah terlalu lambat.

"Saya fikir tidak berguna untuk memikirkan perkara seperti itu," kata .

Bersama Gresini, Marquez menandatangani kontrak selama setahun dan kontraknya bukan bersama Ducati, namun Gresini serta akan menunggang jentera Desmosedici spesifikasi 2023.

Selain itu, Dall’Igna turut menegaskan yang Ducati bersedia untuk mengendalikan barisan pelumba berprofil tinggi dalam kem MotoGP yang berkemungkinan mampu 'merosakkan' dinamik pengeluar itu.