TAK Faham Kenapa Ducati Nak Hilang Saya, Martin - Enea Bastianini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/4/20241 min read
ENEA Bastianini seperti memberi peringatan kepada Ducati yang pengeluar Itali itu melakukan tindakan yang salah dengan kehilangan khidmatnya serta Jorge Martin musim depan.
Pelumba Ducati Lenovo itu melakar kejayaan cukup bermakna di Pusingan 10 MotoGP Grand Prix British 2024 dengan meraih kemenangan berganda - Sprint dan MotoGP bersama prestasi cukup menakjubkan.
Buat Bastianini, ia adalah kemenangan sulung pelumba Itali itu dalam aksi Sprint dan kedua dalam perlumbaan utama bersama Ducati Lenovo sejak GP Malaysia tahun lalu.
Cukup gembira dengan kejayaan yang dilakar, Bastianini begitupun seperti menyatakan sesuatu kepada Ducati yang pengeluar itu berkemungkinan membuat keputusan yang tidak tepat.
"Kita akan lihat," kata Bastianini ketika ditanya mengenai ketiadaannya bersama Ducati musim depan. "Saya tidak faham pemilihan Ducati kerana mereka kehilangan dua pelumba seperti saya dan Jorge.
"Tetapi saya memahami keputusan ini. Mengenai KTM, saya fikir akan ada jentera yang baik untuk saya tetapi saya masih belum mencuba jentera ini dan jika kamu belum menunggangnya, kamu tidak boleh memberi penjelasan apa kekuatannya berbanding Ducati.
Mengulas mengenai kejayaan yang diraih, rakan sepasukan Francesco Bagnaia itu mengakui dia sudah mempunyai formula untuk mengharungi baki musim ini yang diperoleh ketika rehat musim panas.
"Saya amat gembira dengan keputusan yang saya dapat pada minggu ini. Banyak yang saya fikirkan ketika rehat musim panas untuk memahami adakah kemungkinan untuk melakukan sesuatu yang lebih.
"Saya melihat kepada kelajuan saya dan ketika perlumbaan ia mencukupi untuk berada di podium dalam setiap perlumbaan. Tetapi setiap kami, bermula di belakang, saya terlepas banyak kami masa untuk menyerang.
"Pada minggu ini, pendekatan saya untuk melakukan catatan terpantas adalah bagus. Semalam (semalam) adalah kemenangan pertama saya pada Sprint dan hari ini pada perlumbaan sebenar.
"Saya amat gembira untuk memenangi perlumbaan Grand Prix ulang tahun ke-75," katanya.